Alhamdulillah Wednesday is a public holiday, even though it’s a Thaipusam.. hehe janji aku dapat bercuti.

Bangun awal pagi sambil dalam kepala berlegar pikir nak keluar kemana is the best morning ever. That’s the best.. baru pagi, fikirkan something yang mengembirakan diri sendiri. It’s a rewards.. Plan nak pegi Sunway Piramid. Mak aku suggest aku pegi KL.. hmm tak lalu laa nak pegi KL. jauh nak kena drive. Malas.. yang dekat rumah aku pun ada. Buat apa nak pegi jauh2.?

Jam 1130 am aku keluar. Bawak kete sepupu aku, fidah. Kami berdua aje. Kebetulan 23 Jan birthday adik aku, tapi dia demam kuat plak.. so tak bleh nak ajak keluar. heheh  duduk la rumah.. Demam nak besar.. nak dapat kunci.. kunci 21 years old. Hmm kepala, ingat nak tengok wayang. Sampai aje dekat Sunway Piramid.. carik parking satu hal.. parking dekat sini dah lain giler. Susah nak dapat parking. Fulled. Terus naik ke tingkat TGV, bought tickets for Mad Money, @1400. Terpaksa beli couple seats because good seats dah habis. Jam baru pukul 1200.

Aku and fidah terus ke Jusco, bought few things for my wardrobe, for the coming kick off meeting @Sheraton Subang sabtu nih and etceteras. Dari ladies department aku keluar dari jusco terus ke panggung wayang. Almost 2pm. Hmm seats nih tak lah best sangat, cuma divider tengah boleh di angkat, tapi tempat nak letak minuman limited lah.. tak cukup. Cam membazir plak bayar extra Rm1, for nothing.

Menarik cerita Mad Money nih, walaupun agak slow masa mula2, tapi cerita nih menjadi.  Merompak Federal Bank, without any failure.. (almost) bijak2. habis menonton kami terus ke surau, solat and round kat Sunway Piramid. Banyak tempat and kedai baru, so macam selalu la plak aku tengok map n directory. Aku masuk ke boutique Akemi.. hmm banyaknya bedsheets yang cantik2. hehe aku grab satu. Dari kedai cadar cantik2 nih, aku ke Fotokem. Kak Ila mintak beli DVD RW untuk DVD camcorder dia. Singgah masuk Watson. Dah sampai kat level sini.. perut dah rasa lapar.. Kami masuk makan dekat Pizza Hut. Lepas makan singgah dekat kedai cake and tapau apa yang patut.

Kami keluar dari Sunway Piramid hampir kul 630pm. Kaki pun dah terasa penat, baru teringat nak balik rumah, sampai rumah aku solat Asar. Abah aku dah bersiap nak ke surau, ingat nak celebrate birthday adik dengan abah.. tapi abah aku kata proceed. Don’t wait for him. Lepas magrib adik aku potong cake. Majlis dalam family yang simple with a few photo shoots.

Lepas magrib hujan pulak, kak ila mintak tolong aku drive dia ke kedai nak beli susu anak dia. Masa aku drive waktu tuh.. aku dah flat giler, mengantuk and mata pun tak boleh bukak. Aku tak keluar kereta, tunggu dalam kereta sampai tertidur. Sampai rumah dalam jam 9pm. Aku tertidur dekat sofa. @11pm aku bangun, get myself ready untuk tidur dan berpindah tempat tidur, solat and landing time… susah pulak mata nih nak lelap…  jam 1230am.. ZzzZzz