Semalam entah berapa kali handphone aku jatuh, rasanya ada lebih sepuluh kali. Dari pagi sampai malam. Nampak sangat nak suruh aku beli yang baru. Lucky me hp aku tak lah broken or whatever, tapi kesian la jugak… Hmm aku masih berkenan dengan Nokia 6300. Hmm betul kot model nih.. Hmm aku tak rasa pun nak beli yang canggih-canggih sangat pun, because it is enough for me to make phone call, and receive it. Sms? kalau aku rajin menaip. Currently my hp yang sekarang was inherited from my sis. heheh.. aku dah boring dengan HP yang mula2 aku beli.  Tukar dengan yang ini, dah lama pakai baru perasan yang keypad kat hp nih susah nar nak menaip.. aku pun tak der hati nak main sms.. I have to put a very big effort untuk menaip message kat hp nih. hehe. biaq pi laa.. takder org pun sms aku.. kalau kawan-kawan aku yang jenis bagai sms nih, aku biasa call ajer. lagipun bil aku pun tak habis. Puas aku masuk fulus maniac.. hmm tapi bil aku tak exceed Rm75 pun.. geram la plak.. heheh..  hari tuh aku main, nyaris2.. nak jadi sms ke 50.. hehe kalau tak sure aku dpt rm40,000. Hureyyy !!!!

Cakap pasal Hp nih, hmm aku tak puas hati betul ngan anak buah aku yang sulong. Hmm baru dapat result PMR yang canggih skit dah dapat hp canggih dari mak bapak dia. Hmm bukan la aku jealous.. tapi pendapat aku, hadiah handphone bukanlah hadiah yang sepatutnya di beri pada budak sekolah berasrama penuh. For  sure la tak boleh bawak pi sekolah kan? Apa purpose nya? hmm just because of kawan-kawan yang lain ada hp? tapi sekolah berasrama penuh, nak plak sekolah agama, perlu ke ada hp?  hm peliklah mak bapak sekarang.. aku tak tahulah, is it because aku belum jadi mak? hmm tapi.. aku masih rasa yang hp is not a good present to be given to student… hmm kalau nak pakai hp pun.. pakai la yang ada basic function ajer.. for safety purposes aku boleh faham.. kalau kat sekolah ada activities hujung minggu yang bas sekolah tak der.. aku boleh terima lagi.tapi kalau dah sekolah berasrama.. perlu ke ada HP ? bukan cikgu and warden jaga dorang ke..?ada public phone kan kat sekolah?.. maklum lah.. Auntie tak sekolah berasrama.. so i’m not sure ada ke atau tak der this facilities. But i went to her school everytime aku visit kakak aku dekat Ipoh.. hmm ade je aku nampak public phone kat sekolah tuh. Rosak ke ? Than it should be fixed ASAP.

Dunia hari ini.. berbeza betul dengan zaman aku dulu.. tapi bagi aku hadiah Hp ke, PDA ke.. hmm not so reasonable untuk budak sekolah. Parents sekarang kaya raya.. anak2 dapat cemerlang.. sure dapat gadget itu ini.. hmm tak boleh ke.. hadiah bawak pi anak2 pegi bercuti rather than bagi material items ? aku rasa itu yang lebih baik.. Kalau hadiah macam pergi bercuti ke.. jalan-jalan ke.. nampak skit parents kena main peranan.. u know.. they have to commit untuk bercuti.. baru betul2 nampak akrab and luv between daughter and parents.. material items.. does not show ‘luv’ between daughter and parents.. unless.. prepaid itu digunakan untuk call/sms parents. Tapi ada ke anak2 yang selalu call/sms parents dorang.. nak pulak budak2.. sekolah nih. hmm rasanya kalau top up Rm10 (atau family plan or apa2) berapa ringgit dihabiskan untuk call/sms keluarga terdekat ?  hehehe sounds conservative kan ?

huh.. this is just my opinion.. aku malas nak tegur anak buah aku pasal hp barunya.. dia nih lain skit.. yang sorang lagi.. luckily tak macam dia.. sorang lagi mabuk CDs and books. Rajin kumpul duit belanja sekolah semata-mata untuk beli CD. . CD nasyid.. sanggup berlapar.. semata-mata untuk beli CD nasyid terbaru.. Suka baca novel remaja and  penyiasatan..