Lately, i like to sleep @ almost 2am. Rasanya tidur aku belum lagi berganti. hehehe carik alasan la tuh.😀 . Esok kakak aku dari Ipoh akan balik ke sini. Makcik2 aku pun sama. Ada majlis orang kahwin dekat Melaka, So, like everybody from northern turun sampai ke southern. Semalam soon as i arrived home, mak aku dah plan nak keluar beli barang2/groceries. Sebab semua orang akan sampai hari ini.

Kami semua pergi ke Mydin Mall, USj 1. hmm ada contest if you’re maybankcard holder. Aku pun apa lagi, aku suruh cashier dekat Mydin kira barang-barang aku tiga kali swipe. hehe Semata-mata contest. Hmm grand prize Kereta persona. hari nih masa lunch aku ke CIMB Bank. bukak account baru, semata-mata nak masuk contest untuk dapatkan Mercedes benz. Fuiyyoo sapa nak bagi free..  Contest still valid sampai Feb 2008.

Lama aku sangkut dengan bank di Wisma Consplant tuh. Dalam masa aku tengah menunggu tuh, aku duduk dekat satu kerusi, kebetulan plak ada sorang Makcik kat situ. Hmm dah duduk situ, makcik nih ajak aku berbual.

Dari cerita pasal contest nak dapat kereta, ke contest fulus mania, dari cerita internet and online business. Cerita and bersembang, sampai satu masa makcik nih tanya umur aku, dah kahwin ke belum semua dia tanya, aku, orang dah tanya aku jawap je lah. lepas aku bagitau yang aku tak kahwin and dah 28 years old, makcik nih terus keluarkan telefon dia.. Makcik nih mintak number telefon aku.. Alamakkk apa aku nak buat ? takkan nak berlagak sombong plakk.. Dengan suka hatinya, dia suh aku miss call dia. Dia simpan number telefon aku. bertuah betul makcik nih. Dia kata dia nak mismatch aku dengan anak teruna dia.. Ahh SUDAHhhhh… Cuak.. aku rasa muka aku sure blushing gilerr..orang lain je yang nampak.. tapi aku bleh rasa panas kat muka aku. Muahahah.. tapi dalam hati.. tuhan sahaja yang tahu… aku rasa nak hilangkan diri aje. Tingg. macam dalam citer Bewitched. Hilang, aku pi tempat lain.. Dari tanya perkara-perkara yang simple, makcik nih tanya aku berapa orang adik beradik, asal orang mana, rumah dekat mana, pasal anak dia and bla bla bla… Akhirnya giliran makcik tuh pun sampai..fuhhh lega aku.  giliran aku nak bukak account baru tak sampai-sampai lagi…

Akhirnya sekali, before makcik nih balik, dia menepuk belakang aku ” nanti i jemput kenduri ke makan-makan ke.. datang rumah ye ” dia hulurkan tangan, aku sambut.. hmm tapi dari gaya makcik nih, she’s expecting me to kiss her hand.. ops.. aku buat blur and hanya genggam erat ajer..   mesra makcik nih menakutkan aku… tapi aku layannn je…pandai cover baii..   Lepas habis urusan aku dekat bank, jam nak dekat jam 1500, aku pancung ke McDonald’s, Drive thru and terus ke office aku.

perut dah lapar, aku isi perut dulu. Aku keluar dari office tadi jam 1230, sampai jam 1500, giler lama. Lepas makan aku turun solat, Habis solat aku duduk dekat bilik aku sementara aku.. Hmm bilik yang ala2 bilik manager.. heheh tapi belum manager lagi.. Hehehe

Insya allah satu hari nanti.. Amin..