Pejam celik dah masuk minggu lagi satu. semakin hari semakin lambat aku masuk office. Hmm memang tak der masalah, sebab waktu bekerja office nih flexible. Hehehe.. kalau ye pun.. aku tak ajar diri aku lambat sangat.. melampau la kan.. CEO pun masuk before 9am lucky aku tak termasuk dalam lift yang sama.. i suppose he has booked that lift every morning. Especially lift yang ada cermin besar dari segala pintu. hehehe

Confirmed now yang aku tak perlu pindah ke office baru. hureyy.. alhamdulillah. Cuma aku perlu turun ke tingkat 4. Very closed dengan budak2 call centre. hmm tak pa lah.. ku takkisah asalkan ada sedikit privacy. Pepagi tadi inaz dah ajak aku masuk bilik conference. Macam biasa meeting pasal weekly performance. habis meeting aku lari naik ke atas.. orang dekat atasnih semua tak der. Tinggal aku terpacak sorang-sorang. Banyak pulak snail mails yang masuk. At the same time, badan aku dah mengigil lapar giler. Air entah berapa botol aku dah refill. Aku hantar segala document yang perlu to one of my colleague dekat level 7. hm lucky me, dia ada sedikit makanan dekat desk dia, dengan muka tak malu aku selamba mintak, kawan aku pun siap offered bekas untuk di isi. kerepek pisang. apa sahaja yang boleh alas perut aku buat masa ini aku makan. Balik ke tempat aku, habis kerepek tuh aku makan.

Tepat jam 12noon, aku charlos balik rumah. hmm masih lagi bleh drive… walaupun perut and badan aku mengigil. Tak der mood nak beli makanan dekat kedai. Tak best, tak sedap. Sampai dekat rumah, mak aku dah masak.. hmm makan skit and keluar semula balik ke office. Hehehe puas hati.

Tengahari colleague aku, huazlee pi meeting kat luar, jam 1515 aku ada meeting dengan bos aku and conference dengan orang dekat penang. Pening kepala.. Banyak plak benda yang kena update.. susah betul menguruskan orang kan? kadang-kadang sampai kena merayu supaya orang ikut kata kita untuk buat itu ini.. yang pandai bagi alasan, memang aku tak pandai putar belit fakta yang aku kena bagi, bagi aku, senang sahaja, either Yes or No. Simple. Kepala aku pun tak pening nak bagi alasan apa dekat bos aku. Kalau degil sangat, aku highlight nama dorang dekat bos aku je. Hmm i always have backup.😀

Tapi tu lah, sifat orang melayu kebanyakkannya malas nak upgrade diri. Masalahnya, benda dah ada depan mata, tapi still nak kena spoon feed. memang bukan semua orang melayu macam tuh, tapi aku dekat sini nak bantu pun, dorang still tak appreciate aku yang sentiasa jadi reminder bergerak dorang. Entahlah.. sampai bila la nak berubah..

Macam mana yek, kalau di biarkan sahaja dorang nih? what will happen? hah.. alamat lingkup la company nih.. kalau dalam 10 orang ada 8 orang macam nih. Hancuss..

Bangkitlah, sedarlah, bukanlah mata.. Aku di depan mata nih, untuk membantu.. kalau korang still tak mau berudah, i’m sorry i cannot help u guys. Allah hanya akan mengubah sesuatu kelompok/kaum, jika mereka ada keinginan untuk berubah..

Peringatan untuk diriku yang kerdil dan naive ini.