Weekends…
Saturday – Mak aku ada plan, so aku tak dapat ke gym awal pagi. Exercise awal pagi aku suka, kalau dah petang jangan harap aku akan keluar. Jarang sekali aku dapat jejak kaki waktu petang dekat Fitness First. Pagi-pagi best, peralatan masih bersih orang pun tak ramai. Bau peluh semalam yang ditinggalkan pelawat semalam pun dah hilang. Bersih dari kuman and bacteria. . Aku terpaksa mengajar adik aku memandu kereta, pasal this monday dia nak ambik test. She’s not confidence with hills. dah banyak kali aku ajar, tapi still have no confidence. Kalau suruh driving school ajar, kena tambah duit and money is the problem. Lepas mengajar aku ke sunway piramid dengan adik aku. Dia pergi because nak tukar ticket sunway lagoon dengan cover page surat khabar, aku naik ke TGV. Konon nak menonton Rush Hours 3 seorang diri, adik aku dah tengok dengan kawan dia last week. Akhirnya sebab waktu tayangan lambat sangat aku cancel the plan. Adik aku pun tak dapat ticket, pasal dah habis. Kami keluar dari sunway piramid, berhenti dekat kedai makan, makan and beli lauk untuk di bawak balik. Mak aku not in the mood nak masak, pasal petang nih kami ramai-ramai kena tolong mak aku isi tapai dalam mangkuk kecik2. Kesian mak. On the way balik, dah hampir waktu zohor. Lepas solat and lunch, aku on internet. Conference dengan kakak aku di perantauan. Mak and abah dah rindu kot dengan kakak aku, because last week, aku ada agenda lain and tak sempat nak online dengan org New Zealand. Malam, kami duduk ramai2, hmm tak la ramai pun, just adik, aku and mak aje. Duduk and pack tapai pulut yang mak aku buat last thursday. Aku tak la suka tapai nih.. manis.. pulut plak tuh, berkanji.. kalau darurat tak der makanan boleh la aku makan.

Ahad – Hmm aku tak pegi jugak ke Fitness First hari nih. Lucky, hari Rabu hari tuh aku dah request to freeze account aku, due to bulan puasa and raya. Hmm rasa rindu pulak. Bukan apa, badan aku akan rasa sakit-sakit kalau aku tak exercise.. rasa lenguh. Jam 10am aku mandi and bersiap untuk ke majlis kahwin biras aku. Aku SMS kawan-kawan aku untuk ke majlis Suzie Farah, my schoolmate, tapi sorang pun tak reply. Even Abai and the geng pun tak sms aku. Entah dorang pegi ke tak . So aku hanya ke majlis biras aku di Banting. Lama jugak aku di sana. Yelah mak and abah aku ada kena mengena dengan orang-orang dekat sini.. so aku pun kena la stay and tak boleh lari. Luckily makanan dia sedap.. puas aku makan. hmm ada cup cake lagi. nice and very chocolaty.. Pengantinnya pun muda.. agaknya dalam 22 or 23 year old. Aku sampai rumah hampir jam 5 ptg. penat plus kekeyangan… Aku cakap dekat mak yang aku nak keluar ke Fitness First, hah.. sampai rumah solat, dah kena air sejuk, bamm dalam bilik aku. Tidur la apa lagi. Hampessss…