Last weekend, rancangan aku, Joint get2gather blog kawan aku, budiey.com
Excited masa mula-mula aku register nama. Ingat aku nak gamble aje pegi sesorang.. akhirnya aku tukar fikiran. Aku invite kawan-kawan aku yang lain, tapi sorang pun tak available. Second try, aku cuba ajak, kawan dekat YM aku. Budak nih baru pindah ke sini, and tengah carik kawan. New to this town, aku cuba ajak dia, tapi dia pun dah ada plan lain, hari yang sama. Aku ajak sedara aku to joint me, hmm dia pun busy. Suddenly, i saw one name.. nama yang dah lama aku tak nampak. Schoolmate aku. Dulu aku selalu pegi kerja sama-sama dengan dia, sebab kebetulan office dia pun kat jln ampang. Farah Waheeda masih bekerja dekat tempat yang sama.

Aku pun plan dengan dia. Kami jumpa dekat kommuter and naik train sama. Luckily kami tak perlu tunggu lama. bercerita itu satu kemestian. Tak berhenti and tak kering gusi. Turun kat KL sentral, kami berjalan ke monorail. Orang tak ramai lagi… kami terserempak dengan Aien. Also my schoolmate, yang memang setia dengan blog kawan aku nih. Kami sampai awal dekat Times Square. Sebab aku nak claim goodie bag dengan t-shirt yang cantik.

Waktu tayangan jam 1200 noon. Ceritanya ringkas, simple, tapi kurang realistic aku kira. Ada banyak unsur capitalism dalam cerita tuh.. Hasad dengki, gedik2 itu memang trade mark filem melayu sekarang. Hmm tapi kalau gedik yang macam Dynaz buat dalam filem tuh, aku kurang suka skit, mungkin aku lebih suka watak gedik, Abby Abadi, dalam manjalara, gedik campur humour and mengada-ngada. Muahaha.. syiok aku tengok. Dan aku memang tunggu Dia setiap kali siaran Manjalara.

Watak hero dalam cerita kayangan nih, bagi aku biasa.. Tak der sampai jatuh cinta, macam sesetengah orang. Heronya sekadar tinggi, berkulit cerah dan berpakaian ala2 grand gitu. Mungkin sebab aku tak attracted to orang lelaki kulit cerah kot.. heheh itulah masalah aku. Aku selalu rasa, orang lelaki berkulit gelap, lebih macho and they have invisible magnetic attraction kat mata aku. Muahahah.. Hm itu pasal David becham tak masuk list aku. Muahahaha.. aku pun tak termasuk list Mr Becham tuh.. heheh funny. Antara dalam list aku sampai sekarang is, Tiger Woods and Will Smith.. berangan la ko Ekin… hehehe. Kawan kat sebelah aku, dok cakap hero tuh hensem, jatuh cinta and so on.. tapi kenapa pada mata aku.. tak der perkataan tuh?. Aku nih rabun ka..? Bila kawan aku cakap dia jatuh cinta dengan mamat tuh, otak aku akan berpikir, “mari kita selekehkan rambut mamat nih.. bagi dia pakai baju yang compang camping.. bagi badan and mulut dia berbau, and so on, so on.. adakah dia masih handsome and orang boleh jatuh cinta?”.. hehe jahat aku… Whatever it is.. setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai istilah cantik/handsome. Tapi Nur Fazura.. memang manis orangnya.. She dont even need to smile.. itu pun dah cukup cantik.. Alhamdulillah pemberian tuhan.. Hm aku rasa tak mustahil kalau raja muda johor tuh nak kahwin dengan dia pun.. If ada jodoh fazura..

Hmm tak bleh tulis lebih-lebih.. nanti kena saman plak. Anyway.. This article is not valid in any court on this world walaupun court itu dekat planet Mars. Macam-macam sekarang kan… blog itu ini.. cakap itu ini.. kadang-kadang pelik jugak macam mana la orang nih dapat cerita.. sahih ke tidak.. hmm.. macam mana orang reka cerita ? Kalau tak der angin… macam mana pokok boleh bergoyang plak.. ? orang sekarang akan jawap.. orang goncangkan, gempa bumi, construction and bla bla bla… Heheh macam2.

Habis menonton, kami semua makan ramai-ramai dekat rasa utara.. Untuk birthday Din aku and farah hanya bagi coklat.. aku tak tahu plak nak bagi apa… Hmm tapi sayangnyaa…. T-shirt yang aku dapat size S… Hmm kalau aku yang pakai. macam buah nangka kena bungkus laa.. muahahah. I just luv the pic on the shirt… Gambar fazura besar.. she’s so sweet.. natural sweetness..