Saturday, This weekend, again aku kena kerja. Tension betul. Aku tidur lewat semalam, Aku bangun pagi,mandi, solat, pergi pasar dengan mak aku and beli breakfast. Kuih “Cak Kui”.. hmm nyum nyum, lama betul tak beli dekat kedai pakcik nih. Cukup glamour kedai nih, aku rasa satu taman medan nih tak der yang sama dengannya. Walla sedap. Tapi aku tak bleh enjoy makan bebanyak, sekadar merasa cukuplah. Script macam orang somalia yang tak cukup makanan ajer kan ? hehe.. Kesian plak. orang Somalia plak yang di kaitkan.

Balik pasar, aku buat apa yang patut and tengok tv sekejap. Dalam tengah aku tengok tv aku rasa mengantuk sangat, gara-gara tidur lewat semalam. Mak aku pegi kelas mengaji Quran, and aku cakap kat mak yang aku nak tidur dulu sebelum pegi office takut nanti dekat office aku tertidur plak sorang-sorang. Lagi parah. AKu pejam mata… sampai jam 11.30.. Waaa best nyer sambung tidur. Pemalas.

Mandi. Aku bersiap untuk ke office, liat betul pagi nih aku nak melangkahkan kaki ke office, bukan apa penat and tak der mood langsung. Sekarang mood aku sepatutnya mood bercuti hujung minggu and window shopping. maklum la gaji awal-awal dah masuk. 12.00pm aku jalan kaki ke St Komuter, asal sampai sajer di KLCC, aku decided that aku kena isi perut dulu kalau tak nanti aku malas nak turun carik makanan. Dalam jam 1pm aku sampai, terus ke Avenue K and makan makanan favourite. Lepas makan terus naik office.

Dekat office, aku buat kerja dengan tenang, semangat berkerja pun dah ada and aku buat. AKu sorang. Sampai pukul 7pm aku stay dekat office. Mak aku call dari rumah remind me about the qiamullail malam nih di rumah Ex-guru mengaji aku dulu. AKu pesan kat mak aku, pegi dulu, aku pegi lepas magrib. Rushing turun dari office masa tuh pukul 7pm, aku sampai rumah jam 8.05pm, solat magrib and tunggu kak ila bersiap sekali untuk ke majlis qiamullail itu. Dia pun kata dah lama tak pegi qiamullail. So aku tunggu kak ila siap. Dengan tak mandinya, nasib baik badan aku masih bersih, aku sampai di rumah Ustaz Yahya jam 8.25pm, masa tuh tengah ceramah lagi, solat isya’ berjemaah pun belum bermula, Pencemarah is Ustaz Noor Ahmed Hezam, very polite, young and good looking. Hahhaha. Penuh dengan ilmu. Tapi dah kahwin. Ceramah mengenai, Kehidupan bahagia cara Rasullah S.A.W. Anyway majlis nih pun untuk sambutan Maulidur rasul jugak. Aku duduk di hujung dunia, kawasan rumah tuh yang sedikit berbukit atau menurun, sure satu cabaran untuk aku bersolat dekat situ. Namun aku duduk jugak.

Solat bermula dengan Solat Isya’ berjemaah. Pimpinan Ustaz Amir. Mak aku kata anak Ustaz Sohaa. Which i knew his father and his son also a good young man. A very good one. Lepas tu acara makan nasi dalam dulang yang sudah bertahun-tahun aku tak makan and dah lama aku tak menjamah nasi putih biasa. Nak tak nak aku makan skit, ambik berkat and tak bagus plak aku rasa kalau aku tak makan sikit, LAgi pun inikan majlis ilmu, mana tahu kot ada hikmah and hidayah Nya di hujung hidangan yang di sediakan kat rumah itu.

Ada sedikit penerangan pasal kem ibadat malam tuh. Kami mengerjakan solat Tasbih (4 rakaat), Solat Taubat (2 rakaat), Solat Hajat(2 rakaat) and solat witir (1 rakaat) sebagai penutup. Pada sesiapa yang pernah pergi ke majlis atau kem ibadah qiamullail tahu-tahu sahaja lah, bacaan doa nya macam mana. Doa yang sangat sayu yang bisa merobek hati hamba yang menadah tangan. Aku sebagai insan biasa, yang memang hari-hari buat dosa nih, faham2 sahajalah situasi aku ketika itu, rasa kecil and halus ajer ibadah aku padaNya. Tak CUKUP. walau macam mana pun, Alhamdulillah . Syukur. Aku masih di beri peluang hidup sampai hari ini, untuk menambah and improve ibadah aku yang ada sekarang.

Majlis tamat jam 11.45pm. Mak, Kak leha (jiran aku), kak ila and aku balik naik kereta yang aku park dekat depan rumah Ex-Ustaz aku dulu. Lepas balik tuh, aku tak tidur. sampai la pagi. Hahaha pulul 5.ooam baru aku tidur. Bukan buat ibadat pun, tengok tv. Habis subuh aku pun subuh gajah, bising mak aku. Lalu di suruh aku buat solat duha sekali pada paginya ahad.

Hari ahad, operasi and target aku is to stay at home and menukar posisi katil aku sambil membuang/mengeluarkan peluh. AKu dah boring posisi katil aku nih. i want something new and fresh. So aku mintak tolong mak aku. Tak larat aku nak alihkan katil besar tuh sesorang. Dari tengah hari sampai la jam 6pm barulah habis aku mengemas and buang barang2 yang aku rasa dah tak perlu. Baru sedap mata aku memandang. Carpet, kipas, cadar sumer baru. Hehehe. Baru syiok tidur. Agaknya pasal itulah aku susah betul nak tidur, pasal aku dah boring dengan decorasi bilik aku. Now everything is new. Image