Cuti sekolah dah bermula, KLCC pasti penuh, nak plak dekat KLCC convention centre sekarang ada BoofFest@Malaysia – The biggest Chinese bookfest in South East Asia. Hmm tangan kanan aku masih terasa sengal and kejangnya gara-gara aku masuk class BodyPump kat FF. Hmm mungkin sebab kerja aku yang asyik memegang mouse menyebabkan sakit dari elbow aku melarat ke pergelangan tangan aku. Even bila nak pegang mug aku untuk minum pun aku terasa sakitnya. Terlupa sejenak yang abah aku terror mengurut. Balik nih sure aku suh abah aku urut. Aduss

Memang seronok joint class yang ada dekat FF nih. So far aku ada joint class Body Combat and Body Pump. But obviuosly, aku rasa aku lebih enjoy dengan class BodyPump, Menarik. And anyway i have friend in this class. Wong, who has been so familiar with every classes in FF, has taught me all the time during the class. He is so helpful and nice. Thanks Wong.

Dalam sakit-sakit pun aku masih sempat pergi ke Majlis kahwin Kawan lama aku kat SJMC dulu. Zaimal. Tukang masak muda and terror masak and rajin timba ilmu memasak. Aku pergi dengan kak ila. Hubby kak Ila kerja, so aku pegi ngan dia, Menghantar si Zaimal ke rumah Perempuan Kat Kawasan Kg. Baru. Zaimal lengkap berpakaian serba Kuning keemasan. Smart and nice color. 🙂 Selamat Penganti Baru Zaimal. Semoga bahagia Selalu.

This weekend plak, Hari jumaat nanti aku akan bertolak ke Johor Bahru. Sepupu Aku plak yang kahwin. Sabri. Aku akan bertolak dari sini pepagi mungkin. Apa lagi bawak kereta comel aku and sudah pasti aku yang akan drive. Yang pasti aku nak try ikan bakar yang faris kata sedap kat JB. Katanyer dekat depan Hyatt Hotel. Aku akan try carik. Hehehe bab makan memang aku tak tolak. Ini first time aku akan ke JB. Ingatkan aku nak turun ke Singapore sekali, tapi mak ngan abah aku nyer pasport plak udah mati. Hmm macam tak sempat plak nak renew, and rasa malas nak ambik pass pelawat sahaja. Tunggulah satu hari nanti. Bukan apa, berjalan ngan orang tua aku nih lain sikit, dorang kalau boleh memang tak mau tengok aku terlebih spend. Heheh biasa la orang tua. Aku pun tak mau bagi dorang worried. Kalau pegi ramai-ramai ngan adik beradik aku yang lain, dorang ok skit. Kesian dorang, tujuan aku nak bagi dorang rasa apa yang aku rasa, mungkin dorang tak merasa selesa bila di berikan benda mewah-mewah sikit sebab dulu dorang mangsa keadaan, hidup susah.  Tapi yang pasti, mereka hidup susah payah dulu besarkan aku. Aku rasa aku perlu bagi dorang kesenangan yang aku mampu beri. Itu sahaja.

Selagi aku masih bernyawa, Aku akan berbakti untuk Mak and Abah aku. Sampai la aku MATI. Insya Allah.