Sekrang nih musim angin monson Barat Daya barangkali (aku pun tak berapa ingat sangat), but antara tandanya is hujan waktu petang di seluruh negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. And semalam, is the second days aku balik berhujan, tapi kali nih mak aku tak jemput aku kat depan, because hujan tak lah lebat sangat.

Its been two days aku pulang lewat, semua gara-gara, ramai users from Kertih, Sabah and Sarawak yang transfer ke Twin Tower. Yang tak menang tangan akulah dengan colleague aku sorang lagi, Fariz, Sibuk dengan bulkrequest from Carigali, about more than 80 users overall yang transfer masuk ke Twin Tower, Dorang semua dok kat tower two, if i’m not mistaken kat level 23.

Pagi aku keluar rumah lewat skit, tak lah lewat sangat, but malas nak kejar train yang kul 705 am. Aku naik train 720 am. Sian tengok train tuh, habis kena spray, bercompang camping (Aku rasa ini bukan penggunaan word yang betul – hahaah aku tak tahu nak guna perkataan lain). AKu rasa baru semalam habis Kempen Budi Bahasa and nilai-nilai murni Fasa 2, tengok-tengok pagi kepala train habis kena conteng dengan spray. Sungguh tak bermoral budak-budak yang menconteng nih. Icon yang terlibat dalam konsert Budi Bahasa nih is Siti and Mawi. Memang bagus dua icon nih, and harap lepas nih mawi akan tunjuk sikap yang lebih positive and kerja lebih kuat macam kak ct kita. Bukan apa, walaupun miming untuk beberapa lagu, but mawi still failed untuk tampil yakin and lupa lirik lagu. Rasanya if mawi usaha lebih, and able to manage his time, sure dia boleh hafal lagu tuh, walaupun masa tuh nyanyi miming, sebab takut orang tak nampak kesungguhan artis nih dalam this event. Nanti lain plak orang kata. But ct, still dengan profesionalsmnya, lebih yakin and masih tiada tanding lagi.šŸ™‚

Kesiankan community sekarang, kena diajar untuk berbudi bahasa, kena diajar diperingkat kebangsaan plak tuh. Aku rasa ini semua pasal gara-gara mengugurkan subject pendidik sivik dekat sekolah, bila masalah sosial dah teruk barulah kerajaan sedar. Well manusia biasa memang tak lari dari buat kesilapan. Itu pasal dalam vision 2020 ada dinyatakan, ” untuk menjadikan Malaysia negara maju, di samping rakyat yang berakhlak mulia, penyayang and menjunjung nilai-nilau murni yang terdapat di dalam perlembagaan”. Hopefully tercapailah cita-cita itu, sebab kemajuan sahaja, tidak menjamin kesejahteraan sesebuah negara kalau rakyatnya masih melakukan kerja-kerja kotor and tidak bermoral. ala-ala, world world jugak, akhirat jangan lupa. Registered as “Mawi’s Quote