Semalam, aku check email aku, kakak aku bagitau yang she has a conference to attend on 31 and April 1st kat KL. Alamakk.. macam mana la plak plan aku nak ke perhentian tuh, entah jadi atau tidak. Kalau kakak aku and family dia tak gi takkan aku nak gi sesorang plak. Alahaii.. alamat macam kena cancel aje. Adus putus harapan aku nak menyelam and snorkling. Image

Mintak-mintak, janganlah di cancel rancangan tuh. Aduss. Rancangan pergi ke perhentian nih, memang aku tunggu-tunggu, aku ada jugak ajak Ayung, tapi ayung tak bleh ikut, atas beberapa kesibukannya menjelang family day kat tempat kerja dia and budget yang ketat.  Pastu aku try plak ajak Ajar, Kawan aku masa college, mm nampaknya dia pun tak bleh nak ikut, katanyer kawan lelaki dia pun nak join sekali, aik… macam mana chalet yang di booked pun cukup untuk orang pompuan je. Tak der plak kakak aku sewa untuk guys sekali.

Mm sampai hari ni, aku masih tak jumpa orang yang sesuai ngan kepala aku untuk join aku or aku join dia untuk jalan-jalan or travel. Susah la, Lain orang lain plak problem dia. Tapi yang pasti, MATTA FAIR on 17 until 19 March nih aku nak pegi. Mana tahu kot ada tempat-tempat menarik yang boleh aku pergi or lawati. Aku teringin pergi jejalan kalau ada package memang sure aku akan terjah, tapi kalau tak der geng yang seangkatan pun tarak, so aku nganga ajerlah dok dengar orang jalan-jalan makan angin ngan kawan-kawan dorang.

Bukan aku tak der kawan, Tapi aku tak der kawan yang close ngan aku, Most of them r married, takkan aku nak ajak kak ila and hubby plak. Aku percaya orang dah berkahwin nih ada agenda dorang sniri, so i wont disturb them. Let them alone, if only they call me than only i’ll show up.  Ada plak sedara aku yang lain, macam ayung tu, dok sibuk carik duit extra hujung minggu, mm maklum la dia baru kerja ngan goverment, so macam banyak yang kena cover. So i end up not going anywaylah. Routine aku sekarang is hujung minggu, tengok tv kat rumah, pergi pasar, kacau mak aku memasak, internet and etc, etc. Rasa macam nak tengok wayang citer budak-budak, Nanny McPhee. Macam best, mm tapi tak der kepala or geng yang aku bleh ajak. Sumer orang macam buat2 busy ajer. So bila orang dah buat-buat bz, mintak maaf lah, memang aku tak berani nak ajak pun, pasal takut dapat answer, “Oopss sorry i’m too bz”. Nak ajak adik aku? mm dia tengah sibuk ngan class dia and assignment.

Got any idea  ?