Sebab sibuk sangat dengan My Best Friend wedding, sampai aku lupa plak dengan tahun baru 1427. Salam Maal Hijrah to all my friends. inside and outside. hehe . Azam baru untuk tahun baru ini 1427 aku nak

1. jadi anak yang lebih solehah. Berbakti untuk kedua orang tua aku tanpa rasa ragu-ragu and tak berbelah bagi.

2. Harap-harap bleh tambah pahala tahun nih. Kurangkan berbuat dosa. heheh

3. Aku tengah nak menamatkan ngaji quran aku, nak khattam untuk ketiga kali, tanpa guru.. La nih dah sampai juzu’ 18 kot tak silap aku.

4. Nak jadi ummat nabi Muhammad yang reda dengan qada’ and qadar.

5. Nak perbanyakkan bacaan and pergi ke majlis ilmu perhaps. Last year aku rasa aku sibuk sangat dengan kerja.

6. Kalau boleh nak gi umrah, before aku kahwin atau before aku berumur 30 tahun. Aku nak sangat pegi sana.

7. Nak amalkan berselawat and beristiqfar sebelum tidur. Supaya kalau aku mati masa tidur aku selamat. So far alhamdulillah, ianya berjalan dengan lancar. (jangan aku hangat-hangat tahi ayam sudah)

8. Makan bila lapar and berhenti sebelum kenyang.

9. Perbaiki solat aku yang kadang-kadang langsung tak kusyuk. Asyik nak keja masa. Aku mahukan ketenangan dalam hidup aku.

10. Aku berserah and tawakalkan segala yang aku perbuat kepada Allah. Semoga aku di berikan petunjuk dan hidayahnya. Sinar yang aku tuju, harap-harap menjadi sinaran yang aku carik selama ini. Semoga perjalanan aku ke satu-satu destinasi akan lebih senang dan dipermudahkanNya. Semoga Allah tunjukkan pada ku sinar dan jalan yang lurus.

Ya Allah ya tuhanku, makbulkan permintaan hambamu yang kerdil ini.

Amin.