Agak lama jugak aku tak tulis kat blog nih. sibuk dengan membantu sahabat baik aku nak kahwin and sibuk kerja.

Sekarang everything macam sumer dah settle and i’m on leave yang panjang sampai hari ahad nih. Aku ada dekat ipoh sekarang nih. Tiga hari selepas sahabat baik aku kahwin.  Tadi bangun pagi solat subuh, and siap-siap and prepared barang untuk berkelah dengan anak buah aku kat Air Terjun Ulu Chepor. Perjalanan dari rumah kakak aku dekat ipoh nih ambik masa lebih kurang 40 ke 45 minit aje. mm Di sebabkan tak der orang tua lain, so aku terpaksa la berkorban tak mandi sungai, pasal nak menjaga barang-barang yang di bawa dan perhati dorang mandi. Tapi i end up reading a Cleo Mag sampai habis. Ngantuk pun tidak.

Actually bukan ini tujuan aku untuk menulis hari ini. Tapi ada something yang aku tak boleh nak describe, atau nak bagi orang faham tentang kedukaan aku sekarang. I’m happy with my best friend wedding, cuma yang aku rindu is, panggilan telefon dari dia and smsnya.  Aku rasa aku pernah tulis dalam blog aku yang how close are we. We are so close. She knows every familymember of mine, tidur kat rumah aku selalu, ada la dalam seminggu tuh dalam 4 hari, pegi keje sama2, makan sama, citarasa and opinion sama, and we even know each other better than our lover. hahahaha cam kelakar la plak ayat nih

aku betul2 rasa sunyi bila sahabat aku dah kahwin nih, memang aku tahu dia dekat kampung sekarang nih, tapi kalau dulu, kat kampung pun kami masih boleh telefon. mmm aku tahu sekarang dia dah jadi isteri orang so tanggungjawap tuh dah jadi berat skit. And banyak commitment baru and long term yang kena jaga. Tapi aku betul2 rindu masa yang dulu. Apakan daya hidup perlu di teruskan. And meeting new people, are most important segment in my life, at this age. Orang kata apa, merapatkan tali siraturrahim or ukhuwah islam.. mm lebih kurang la..

Aku plan nak balik hari khamis. Well aku cuti lagi, tapi mungkin kena bawak abah aku gi hospital untuk buat monthly check-up.  What ever it is, i wish kak ila the best and hapyy endlessly.  Insya Allah.