This is Hari Raya haji. This morning i was in Kelantan, at my sister’s house, Beris Kubur Besar, Mukin Pak Pura. haha Pelik sungguh nama orang lama-lama ni kan. Even nama atuk aku sebelah mak pun pelik.😀

A not so breezy tuesday morning in Bachok, bangun pun tak la lewat sangat, bangun solat subuh, mandi sunat aidladha and gi masjid. Masjid At-Taqwa, Mukim Pak Pura. hehe lama-lama sebut nama nih jadi sedap plak..🙂

Tengah2 sembahyang tiba-tiba hujan, alahai, aku plak terpikir kasut aku basah, aku immediately pujuk hati concentrate, korbankan kasut aku tuh, biaq pi dia basah pun, janji kasut aku tuh nanti masih bleh di pakai. Nasib baik Tuhan ini maha adil, kasut aku tak la sebasah mana, masih selesa di pakai, Thank U so much. Aku balik, naik kete avanza abang Ipar aku and sampai umah, memang kakak aku tak beraya sangat pun, aku pun rasa macam tuh. mm Tak rasa sangat meriahnya. Mungkin akan meriah kalau saudara mara aku kat sini. Orang yang kata meriah tuh, maybe because familymember dorang ramai kat sini. and dorang berkumpul pun dalam group yang besar-besar. kalau ada family yang besar lagi laa.. meriah. tak kisah la kat mana pun.

Well aku lepas solat hari raya, dok depan pc, godek and main game. hahaha syiok. sampai mak aku panggil untuk kemaskan beg pasal kitaorang nak bertolak ke Ipoh. Abang Ipar aku kata dekat skit kalau ikut jalan Gua Musang-Cameron-Simpang Pulai. so.. aku agreed. AKu yang tak pernah memandu ikut jalan tuh, abang ipar aku siap buat map untuk aku, mm mmg aku perasan simpang mana nak masuk masa aku datang hari tuh ke Kelantan. Pagi tuh yang datang berkunjung ke rumah kakak aku is, jiran sebelahnya, Kak Enon. Bekerja di USM jugak.

So aku keluar rumah dalam jam 1230pm, mak aku nak singgah ipoh sebab ada sedara aku yang berkahwin hujung minggu ini, so aku hantar mak and abah aku ke sana. Aku akan balik ke KL esok. Kak ila akan temankan aku kat rumah. Plus adik aku pun tengah cuti sem.  Perjalanan ke Gua Musang yang berkilometer 200 tepat, aku sampai dalam 330pm. Kami bercadang menjamak and mengqasarkan solat bila sampai di ipoh nanti so, kami hanya stop kat station minyak untuk isi minyak and wewe sahaja. Dari Gua Musang ke Cameron Highland jauh perjalanannya ialah 108km, Simpang Pulai is 138KM. so yang aku nak tuju is Simpang Pulai, bila aku dah jalan sampai ke 20 km lagi nak sampai cameron, aku rasa hanya 12 biji kereta sahaja yang aku jumpa, tak de kereta di belakang dan di depan aku. Jalan clear sangat dan berhutan tebal. di suatu simpang sebelum masuk ke jalan ke Cameron Highland, ada runtuhan tanah runtuh, memang sepanjang jalan aku risaukan tanah runtuh, nak pulak jalannya banyak yang membelah bukit dan gunung.

Runtuhan tanah runtuh itu berwarna sangat orange, iaitu warna tanah liat, habis jalan raya penuh dengan tanah liat dan selut, masa nih aku rasa cemas sangat sebab risau, takut tayar kereta aku tersekat dalam selut, but alhamdulillah , kereta aku lepas, runtuhan itu baru terjadi aku kira sebab tiada sebarang signboard yang JKR letakkan. Biasanya jalan-jalan yang mengalami keruntuhan atau kerosakan akan di beritahu. Aku jalan terus, habis kereta aku lumpur sampai ke cermin windscreen aku and body kereta. Jalan terus tuh pulak, di penuhi baru-baru tar yang masih belum elok binaan nya, dalam lebih kurang 8 kilometer aku jalan, tiba-tiba aku sampai ke penghujung(yang ada hanya lumpur yang luas berekar-ekar and selut and batu-batu and hutan tebal), aik.. tak der jalan, mujur ada manusia kat situ, (nasib baik bukan jin jahat tadi.. heheh). mamat india atau bangladesh nih tahu yang aku nak masuk simpang ke Cameron, so, he asked me to go down to the bridge, iaitu tempat betul2 berlakunya tanah runtuh tadi, aku pun patah balik, mak aku dah risau giler ngan situasi masa tuh, aku paling risau kalau mak aku risau benda macam nih, aku risau dia pening, kot pengsan ke, maklum la dia ada darah tinggi, so aku suh dia tenang, and aku pun patah balik… actually the correct road is, turun kebawah, aku tak nampak simpang tuh, sebab lumpur tadi dah membuatkan lorong kecik bawah tuh macam lurah yang dalam. Jalan yang aku lalu tadi is actually jalan yang sedang di bina, yang akan jadi main road lepas dia siap nanti.

So aku turun slow.. really slow, kang tak pasal2 plak kete aku mengelongsor ke bawah. jalan yang sempit aku jumpa, berlalang tinggi, dan sesekali berbonggol. di litupi hujan kebun, aku jumpa orang bercucuk tanam, Cuacu masa nih, makin aku naik makin berkabus, dan aku yang berpenglihatan baik nih pun tak nampak. jalan punyer jalan ada plak jalan yang tak bertarak dengan tar, kereta lain.?. tak der kereta lain hanya kereta aku, so aku ikut slow-slow, pasal takut tersilap jalan , silap2 masuk cenuram plak.

Lepas tuh jalan terus turun dan turun, aku singgah kat orang jual sayur, beli skit sesayur yang memang favourite aku, and aku memandu turun. punyerla berS and S and S.. masih berbaki lebih kurang 59km lagi untuk sampai ke Simpang Pulai. Aku pandu, yang mana aku bleh speed aku speed, kalau tak bleh aku slow, nyawa orang dalam kereta adalah tanggungjawap aku, so aku mahu dorang selamat. Sepanjang perjalanan, aku nampak air terjun kecik.. kecik.. very nice. bayangkan dekat jalan tuh ada airr terjun kecik, it is air bukit , i think . tapi aku tak boleh nak singgah sebab mengejar waktu nak solat dekat rumah kakak aku di ipoh, Pengkalan Pegoh. So aku reach down, alhamdulillah by 530pm. dalam kul 6 pm aku sampai rumah kakak aku.

heheh paling best, abang ipar aku yang kat ipoh ni. gi sental kete yang berlumpur itu. hahaha aku dah penat memandu. jauh.. dan memenatkan. kalau from KL ke KB tuh ok lagi.. but from Kb to IPOH.. via cameron.. is adventures (aku kira milliage tadi ada dalam 410km).. tapi kalau ngan mak aku, bukan adventures.. aku plak yang risau pasal mak aku. U know bila orang tua dah risau, sure dorang pikir macam-macam. sampai rumah kakak aku, aku balun lemang.. mmm walla sedap. makannn pasal.. tadi menahan lapar. kalau aku makan dalam perjalanan tadi, sure ngantuk masa driving.

hehehe kete ku dah berkilat.. walla. esok aku balik KL.. Khamis aku keje.

Happy Eid ul Adha to all.