Esok pagi aku akan bertolak ke kelantan, bawak kete. Aku , mak , abah and adik aku. Aku yang akan drive. Aku plan nak kuar rumah kul 5am esok. sahih kena bangun kul 4am. Adus malam nih aku kena tidur awal. Maklum la aku tak la pernah drive jejauh sangat. Setakat sampai Kuala Terengganu tuh.. pernah la tapi masa tuh aku ada driver lain gak. Kali nih aku drive sorang. Setakat Cameron tuh ok lagi.. tak la ponek sangat. Aku siang-siang dah cakap kat kat aku, kalau aku penat sangat, sampai nangis2 nak rehat, nanti aku stop sewa je rumah rehat atau hotel kecik2 kat mana-mana.. Tapi aku rasa aku happy nak drive kesana, pasal aku suka tengok tempat orang, and kerenah orang bawak kete. Memang kadang-kadang bagi tension and bengang. but kita boleh kenal orang dengan cara dia bawak kereta je. hahahaha saper silap, sahih kena sumpahan. hahaha

Rumah kakak aku kat Beris.. Rumah yg macam berkembar dua, tapi rupanya kembar empat. hahah jarang aku tengok rumah macam nih. mm Tapi aku raya kat sana pun bukan ada sesaper, sedara pun tak der. Mungkin aku ngan family kakak round rumah kawan-kawan dia kot. Rumah family husband dia tak celebrate raya, orang cina.. mana nak celebrate raya. Abang Ipar aku sorang je yang convert. Atas kerelaan sendiri..

Well.. hopefully perjalanan aku nanti selamat.. and smooth and selamat sampai. Amin.