Kisah aku masih lagi berkisar pasal anak buah aku yang baru tiba dari kelantan, Aku teman diaorang menonton DVD, hehehe citer spiderman (cartoon) and Chicken Little . Dua-dua ceritanyer menarik. Aku tonton sampai tengah malam dengan anak buah aku, tapi aku yang terlelap dulu dari diorang. Bertuah punya budak kecik. Mata diorang lagi power dari mata aku..

Tapi semalam, entah apsal ntah aku rasa lain sangat. Ada Something yang aku tak bleh nak explain, mm sampai pedih ulu hati. Aku pun tak tahu apsal.. Tapi rasa tak sedap badan masa aku menonton tuh, sampai la aku tertidur sampai pagi. Aku terjaga tepat jam 6 pagi. Jam aku tak sempat kunci. Nasib baik aku terjaga. mmm Macam biasa sekarang nih macam aku pulak jadi orang yang terawal bangun pagi, abah aku pun dah berapa hari tak gi surau waktu subuh.. Penat barang kali, lagipun abah aku dah 59 tahun.

Macam tak percaya dengan mimpi yang aku lalui malam tadi. Pelik mm tapi benar. Mimpi yang agak jelas dan tiada gangguan. Mimpi aku berjumpa Putera Impian.. Huleyyy syok giler.  Berangan habis aku. Apa hal plak aku mimpi benda-benda ngarut nih, aku tak pernah terpikirpun. Mmm mimpi malam jumaat, di subuh hari ada manfaat kot. .. hahahaha macam lawak pulak ayat aku nih. Kalau mimpi jadi kenyataan kan bagus.. Alhamdulillah..  Eh logik ke mimpi.. mimpi mainan tidur jelah ekin.. apaaraaa..

Eh.. pejam celik pejam celik… nak masuk tahun baru laa.. apa aku nak buat yekk.

1. Aku nak berjalan-jalan lagi… kalau boleh nak round satu dunia. hahaha (realistic kalau aku ada geng atau kepala yang sekepala ngan aku, bleh aku join dorang – mmm Image tapi ramai kengkawan aku dah kahwin.. tension aku)

2. Aku berazam nak buat umrah before umur aku 30 tahun and before aku kahwin..  (yang nih nampak logic skit)

3. Aku nak sambung belajar, tapi preferably tanpa bayar duit. Tak kisah la belajar apa pun, janji aku dapat ilmu. Aku teringin nak belajar LAW.. heheh (yang nih nampak realistic skit, terutama kalau dapat company aku yang sponsor – tapi bukan bidang LAW kot)

4. AKu nak senangkan idup mak abah aku. Supaya senang idup aku nanti. Aku nak bagi dorang happy.

5. AKu nak belajar sayangkan diri sendiri. Aikk selama nih aku tak sayang ke.. mm cam pelik la plak (oo i think now i am more concentrate on how do/shud i  look and what i want people to look in me – The reality) – quite realistic la benda nih.. I’ve changed now. hehehe Image

6. AKu nak Healthy and fit life. Hehehe (This one is in progress – go go ekin.. )

7. Kahwin.. ? aku tak ready lagi.. susah..payah.. berat… serabut. (Itu antara perkataan-perkataan yang cukup sesuai dengan aku sekarang. kahkahkah.. tiba-tiba dah jumpa nanti, tak sabar-sabar plak nak kahwin… << macam kakak aku punyer case je nih.

Whatever it is… aku akan cuba achieve semua benda diatas, Insya Allah