MYgeniie dah ok.. deras macam rocket, HUB01 pulak yang down.  Well this is the time. hehehe. Lunch tadi ingatkan nak makan dengan mak, adik and anak buah aku dekat Masjid Jamek, diorang sumer shopping sakan, while orang lain sibuk bekerja dekat office. Aku tak jadi pegi, pasal mak dah lapar sangat so no point aku pegi, silap-silap dorang kena tunggu lama plak. Paling lama from my office nak gi Masjid Jamek station lebih kurang 15minutes la.. Plus aku yang kena turun guna dua lif from my office. Leceh. Akhirnya sampai di groudfloor aku ke kanan and menuju ke BSN.Sedia maklum dekat BSN ada warong2 atau deretan kedai yang makanannya jauh lebih murah dari dalam KLCC. Sekarang nih musim aku tengah addicted makan LAKSA UTARA dekat kedai kakak indon tuh. Pandai plak kakak indon nih masak. sedap, mm terliur aku sekarang nih. Aku rasa dalam 5 hari ada la 3 hari aku makan LAKSA UTARA nih.. aduss.. sedap giler bagi aku. Dengan pedasnya, dengan isi-isi ikannya.. plus asam keping yang aku bleh kunyah camtuh je, plus dedaun yang dalam laksa sumer aku makan. Tapi hari nih, aku mintak separuh je Mee LAKSA nya, but kak, Kuahnyer lebih. Aku hanya perlu membayar RM2.00 untuk laksa yang sedap tuh. Semestinya aku makan kat pantry di dalam office aku. heehhe Berjalan laju balik office, godaan kuat la bau laksa nih. Bila aku keluar lif kat level 42, bau laksa menusuk and kekal dalam lif, biarkan orang-orang yang masuk dalam lif tuh bau hahah.. RM2.00 untuk laksa di BSN, dalam Suria KLCC di Laksa shack laksanya RM8.30 semangkuk (termasuk tax), aku bleh dapat 4 bungkus lebih.. tapi yang dekat LAKSA SHACK bagi aku tak sedap, pasal ikan-ikan dalam laksa nya tak hancur. Macam orang malas yang masak. tak kick. Kalau dekat La cucur pun lebih kurang macam tuh, dulu aku rasa La cucur nyer laksa sedap jugak, tapi sekarang dah sama cam Laksa Shack. Tapi harganya Murah skit dari Laksa Shack, dalam Rm 6.30 (termasuk tax). Yang mana satu pilihan anda. heehhe aku sanggup melintas jalan menuju ke BSN, tapi tak sanggup tunggu lif atau naik eskulator ke tingkat 2 Suria KLCC.

hehe am so addicted to LAKSA right now. Kalau boleh hari-hari nak makan laksa. mmm Rasa nak cadangkan kat mak aku untuk masak LAKSA lah hujung minggu nih. heeheh nak aku yang buat.. ?aku tahu theory je.. practical aku tak pernah lagi . hahaha tapi tengok senang je, bahan-bahannya sumer masuk sekali jalan, tak payah susah-susah nak menumis, minyak pun tak der. huuleyyy best.

Minggu nih aku sibuk hujung minggu. Sibuk nak buat itu ini. Esok aku nak gi service kete kat glenmarie, nak hantar kak ila balik kampung, nak hantar dan ambik anak buah aku yang nak ke concert nasyid kat Shah Alam. Nak carik rumah, mau beli rumah baru, untuk family aku. Kakak aku yang akan ambik pinjaman. so rumah sekarang aku akan sewakan, investment, so tak payah la aku bayar duit rumah tuh lagi, adus jimatnyer, senang skit hidup aku. Aku plan nak carik kat area Shah Alam kat UITM, kat kota damansara atau kat area Tropicana. mm sumer kawan-kawan office aku cadangkan macam-macam tempat. So the thank you to u guys.. Korang memang banyak membantu. Tqsm.

Bermulalah journey pendek aku this weekend.