Anak buah aku from ipoh dah sampai kat umah aku semalam. Sibuk betul dorang tuh katanya nak gi tengok concert nasiyd kat stadium melawati, Shah Alam. Bagi dorang nasyid nih cukup sedap. Aku rasa lagu yang tak pernah keluar kat radio pun dorang tahu. Baru form one dah sibuk-sibuk nak gi consert. AKu ingat lagi masa aku form two. Masa tuh aku memang giler habis ngan si Mariah Carey nih. Lalu menyimpan hasrat untuk ke concertnya. Siap berdoa skali tuh, mohon agar masa si penyanyi pujaan ku datang kat malaysia, masa tuh biarlah aku berduit. pasal aku sure sangat, mesti ticket beratus-ratus. heheh tekaan aku tepat. aku dapat tahu awal pasal concert dia (Charmbracelet 2004 world tour). Hati aku tak sabar nak tengok dia perform dalam hari bersejarah itu nanti.

Ticket berharga Rm 179 aku beli, dengan harapan dapat tengok penyanyi pujaan aku. AKu beli ticket sebulan awal. Ikutkan hati aku nak beli ticket depan sekali. mmm last-last minutes show postponed plak.. pasal Awal muharam. ok lah.. masa tuh aku pikir menunda show nyer membuatkan aku rasa kecewa. maklum la pikiran dah terasuk ngan Mariah Carey. Aku ajak kak ila, my best friend tengok sekali consertnya. mm she agreed. Aku , masyi and shila, kami sumer pegi. Masyi gi ngan boyfriend dia, and shila pun gi ngan boyfriend dia. Masatuh kami baru balik keje. Tukar baju, pastu rush ke stadium Merdeka. Kami naik KL Monorail. First time aku naik. Gegaq ya rabbi train nih. keluar dari train nih rasa cam bergegar kepala aku.

Masa concert tuh aku ingat lagi, aku ngan kak ila carik la bilik sembahyang kat stadium, aku rasa kami tak jumpa maka leburlah aku bersama solat magrib aku. Tempat duduk kat stadium tuh tak der number yang ada number sumer ticket yang paling mahal. Lain kali kalau aku nak tengok concert aku tak mau leburkan diri aku dalam neraka jahanam. biarlah aku bayar lebih , masuk lambat skit. janji ada gak tempat duduk and still boleh enjoy the performance. heheh.. mintak-mintak mariah carey datang kat Malaysia lagi, walaupun dia sexy, dulu dia tak sexy, mm aku rasa sumer gara-gara kes cerai dia. sian dia.. Tapi suara tetap power. Aku suka sangat suara dia… muuahhhhh.. superb. Masa aku nonton concert tuh aku takkan lupa, saat aku jumpa ngan dia adalah saat and impian yang sejak sekolah aku simpan. Memang aku betul-betul dapat tengok dia menyanyi.. best giler. Paling best dia Mariah mendendangkan lagu My All, Hero, Make it Happen and banyak lagi… aaarhh best nyer.. saat manis yang aku takkan lupakan..

Pasal anak buah aku and concert nasyidnya, kami semua pegi ramai-ramai.. penuh jugak stadium dekat Shah Alam tu.. meriah and menarik concertnya. Aku pun tak lepas peluang ambik autograph sorang dua penyanyi nasyid yang aku suka… Macam budak2 pulak. Anak2 buah aku pun sama.. Suka betul dorang.

satu lagi Impian jadi Kenyataan…. Amin