Ya Allah tolonglah aku. Aku musykil dengan orang-orang yang di atas. Kenapa susah sangat nak luluskan untuk upgrade the MyGeniie server. Seperti hari-hari biasa, aku menulis blog ini bila server MyGenii kat sini weng-weng.

Aku dapat tahu yg ada dua orang helpdesk kat sini yang tumbang pasal migrain. Stress keje. Harap-harap kengkawan aku kat sini ok.. Tapi kak aiza dah tunjuk sign yang dia diserang migrain jugak.. aduss aku risau betul bila orang di sekeliling aku sakit.. bukan apa.. aku takut aku pun jadi demotivate gak, so bila dah demotivated nih.. produktiviti pun bleh terjejas..

Semalam aku balik office lambat skit, kul 6.30pm aku charlos. mm nak tengok citer NARNIA. Kak ila yang dah sampai kat umah aku bagitau yang mak aku tak insist aku tengok citer tuh malam nih. Katanya dia risau aku penat and balik keje pun lewat. Aku sampai rumah kul 7.15pm. Aku cakap kat kak ila yang aku tetap nak gi, pasal dah janji and aku nak gi. Aku mandi, solat magrib and terus siap. Aku salam cium tangan mak and abah and aku keluar dalam kul 7.55pm. Aku drove ke sunway piramid, kami sampai kat sana lebih kurang 8.15pm aku dah ada kat atas beratur untuk beli tickets. Punya la panjang linenya, tapi ada sorang mamat india nih, dia suh kami pendeknya queue and proceed to the next counter. So secara tak langsung aku pun dah terkedepan. Aku tengok kat screen di kaunter, tickets untuk NARNIA dah sold out. Tapi aku beratur jugak. Bila sampai je turn aku, aku saper mamat india kat kaunter tuh, Hi and smile, pastu aku cakap aku nak tengok NARNIA for 2, he replied, cakap banyak takder, Rm 12 Sahaja.. aku waaaa ada lagi tmpt duduk. hehehe kat atas plak tuh.. cantik giler view. Pasal orang yang tempah through phone tak ambik, so dorang realease la sebelum 30 minutes tayangan.. heheh jadi kepunyaan aku.

Kami masuk panggung jam 8.40pm, sampai laa kul 11.00pm. Lepas habis je, kami berlari keluar and terus ke parking kereta. Dah tak tengok belakang dah, Kak ila risau katanya, takut mak ngan abah aku tunggu lama kat rumah. Aku sampai rumah dalam kul 11.24pm. Memang betul kata kak ila, Mak ngan abah aku tunggu kat hall, walhal mak aku dah tertidur masa tunggu kitaorang balik.

Balik aku solat, berus gigi, and tidur. Tidur dah tak sedarkan diri. mata aku pedih sangat. Pasal tengok sampai tak kelip mata kot.. Pedih sangat.