Hari demi hari, servers kat tempat kerja aku nih makin tenat. Meeting berjuta kali, namun tiada kata sepakat untuk server di sini. Pelik betul orang-orang atas nih, nak betulkan server yang slow pun, untuk improved productiviti and services pun payah.. Walaupun benda nih hanya part of the industri or support to the whole.. tapi element support nih lah yang paling penting.. kalau tak keje tak bleh buat.

Macam yang sekarang aku alami, baik Samtime, sever 21A, 31A, 61A all down. Request aku banyak, asal nak buat je sangkut.. pelik betul. Nasib baik internet ok.. hehehe Semalam aku cuti, Bos approved cuti aku, walaupun aku ambik cuti yang tahun depan. Steady la bos…The best boss of the year. So hari nih macam hari Isnin aku. Malas tuh tak der laa, cuma geram bila nak buat keje je sangkut. Kadang-kadang bila jadi kes cam nih, nak tak nak i have to stay and finish my work. Itu pasal aku selalu balik lewat, Orang lain senang je balik bila dah kul 5.00pm. Goram den.

Tak aci sungguh. Well on Sunday, aku gi menginap kat Grand Season hotel. mm bleh la tahan. Kak ila dapat voucher percuma from Chef Associate Malaysia. Kami check in lewat skit, pasal gi rumah orang kahwin kat Bangi Golf Resort. Rumah Abg Rizal(chimon). Dia nih kawan abang ipar aku, tapi family kiraorang kenal ngan family nyer skali. Family abg rizal nih kira, family angkat abang ipar aku ngan kakak aku.

Lepas balik dari rumah orang kahwin tuh, aku hantar mak balik and terus gi check in kat Grand Season Hotel.  Alahai dalam 30 minit aku drive kete dah sampai kat sana. Voucher tuh kalau sempat tunggu kak ila kahwin tak pe lah, nie nak expired on 29 Dec. So nak tak nak aku gi lah ngan kak ila. hehehe. Kitaorang sampai kat sana dalam kul 4.00pm, orang tuh bagi katil besar King size lagi.. mm kalau macam kami, tak bererti apa2lah, lain la kalau gi honeymoon ngan hubby itu lain criter. Well masa nya belum tiba. Kami hanya lompat-lompat atas katil and main2 pukul bantal ngan kak ila. hahahaha Kami solat Asar, keluar dalam kul 6.00pm jalan2 skit. Kami plan nak gi Times Square malam nih.  Kami sembang-sembang ngan sorang mamat yang keje kat hotel tuh. tanya je la apa yang kami nak tahu. Nice guy i might say. iskk ekin ekin..

Kami naik atas balik. Solat magrib, pastu kitaorg keluar, jalan kaki ke Station Monorail Chow Kit. Aku dua orang ngan kak ila. Orang ramai babe naik monorail.. aku yang baru tiga kali naik monorail. First time aku naik masa aku nak gi consert Mariah Carey last year, kat stadium merdeka. Pastu baru-baru nih aku gi Bukit tinggi, so sampai la aku kat station Imbi nih and this time, from Chowkit to Imbi station. Baru 3 kali. And baru 2 kali aku jejakkan kaki kat Times square nih. Besar giler pasarraya nih. Kami tak explore habis. Kami hanya carik makanan. Kami makan kat 10 Avenue level 10, Times Square. dah boring makan fast food.  First time aku naik kat sini, giler besar tempat makan dia. Tapi yang aku tak suka, ada unsur2 cam bias skit. Pasal susunatur kedai2 nih tak bagus. Pasal ada kedai yang orang takkan nampak sampai bila2. Kesian plak aku kedai2 yang kat belakang tuh. So aku yang jakun round2 satu floor tempat makan tuh. Giler besar tempat makan dia.

Akhirnya, setelah penat carik makanan apa yang kami nak makan, aku akhirnya hanya order Kuehtiow ladna dekat Kedai “Masakan Utara”. mm nice. Kak ila makan TomYam. Nice tomyam dia. Lain dari yang lain. Paste dia lebih pekat and melekat.

Lepas makan kami, menjenguk tempat orang main indoor game kat Times Square tuh. walla… aku memang takkan naik roller coaster dia. AKu tengok pun dah gerun. Aku tahu sampai mana aku bleh naik and sampai mana aku tak bleh naik. Bukan la aku akan muntah-muntah. Cuma aku tak mau mati kat tempat tuh. Takut.. dan aku tak sedia untuk mati lagi.

Balik kami singgah kat G floor. mm ada orang jejual barang-barang accersories untuk orang pompuan. Hati aku tiba-tiba jadi lain bila aku tengok batu-batu permata yang berkilau tuh.. hati aku kata nak satu.. kak ila nak belikan untuk aku.. but i say  mm NO. Thanks. Lama jugak kami kat situ. Memang cantik. mm kalau ikutkan aku tak pakai satu apa pun perhiasan baik rantai, gelang or cincin. hanya jam pemberian kak ila masa birthday aku tahun-tahun yang lepas sahaja. mm Mungkin aku belum bersedia pakai benda kilat-kilat macam tuh kot. Mak aku plak yang kadang-kadang sibuk, katanya ehh tak mau beli rantai kee.. what duhh.. adus.. apakah aku yang nak pakai.. Setahu aku orang memakai benda-benda kilat nih pasal muka dorang dah tak berkilat dah cam orang muda, selalunya orang tua yang pakai barang kemas nih. Aku belum lagi rasa tua.. ahahahah.

Kami berjalan balik. Ticket monorail kami beli pergi balik. Risau plak nak balik lewat2. maklum la kami dua-dua anak dara keluar malam. kami sampai ke bilik jam 10.30pm. Kami tengok tv. DVD yang aku bawak tak sempat tengok pun.. pasal ada apprentice malam tuh.. waa best. rancangan yang memang aku sanggup bertekak kerna nak tengok. heheh

kami tidur entah kul berapa. tak ingat. Solat and tidur. Bila bangun pagi, memang sorry to say, langit bagi kami selalu gelap. Rasa cam malam je kat dalam bilik tuh. Tengok-tengok jam dah kul 6.45am. Kami bangun solat subuh. pastu mandi. Siap-siap nak gi breakfast kat bawah di “Season Cafe”.  Mmm memang season pun, Pertama kali aku melangkah untuk ambil makanan, aku rasa makanan breakfast kali nih tak berjaya pikat aku untuk makan. Jadi cam tak best plak makanan kat tempat nih. Kak ila yang pelik tengok aku tak berselera untuk makan , jadi risau and pelik, ekin yang selalu boleh makan apa sahaja, jadi terkedu tengok makanan yang dorang sediakan. akhirnya aku ambik jelah yang boleh aku makan. mm tak besttt.. eee memilih sangat la plak.. ngado-ngado. Lepas makan.. kami lepak2 and sembang2. Sembang sampai dorang dah ready untuk lunch. itu memang biasa kami buat. hheheh.

Kami naik atas, received call from mak. Suh kami balik awal, pasal nenek from Ipoh nak datang. mm ok.. aku berkemas, kul 11.50 kami check out. Aku sampai rumah dalam kul 12.35pm. nenek dah ada kat rumah. sembang-sembang, lepas zohor aku hantar adik balik ke politeknik Shah Alam. Lepas tuh aku ngan kak ila konon merancang nak tengok NARNIA, tengok2 kat sunway Piramid, Kereta bersusun nak masuk parking, Kami pancung ke Summit USJ. ticket plak dah sold out. Hampess … last-last kami gi minum kat Canai N Such(gazebo) kat Taipan. Sembang2 sampai kul 5.00pm. Aku hantar kak Ila kat USJ 6 and back to my house.

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba hujan lebat. Mak ngan abah aku ajak gi rumah anak nenek yang datang tadi lepas magrib. So lepas magrib. hujan dah reda kami keluar 3 berenak., mak abah and aku. Balik dari rumah anak nenek tuh dalam kul 10.30pm. AKu masuk bilik. Sambil belek2 mag CLEO, dah terasa nak terlelap aku masuk bilik air, solat and tidurrr…  ImagezzzzzzzzzZZzzzZZzZ.Image