Wednesday, 07/12/2005 magnify

Pic : Wish that  i could be here tomorrow

Hi Ekin.. morning. i woke up at 6.10am on wednesday. mm bagi aku dah cukup lambat. Baju aku tak sempat nak gosok malam tadi. pasal semalam sebelum tidur kepala aku dah bagi sign sakit mata and kepala datang balik. Bagi pagi rasa macam sejuk sangat. Bersiap untuk ketempat kerja macam biasa. Aku hantar kak ila ke tempat kerja dia, kak ila masuk kul 7.00 pagi. So kul 6.35am aku dah keluar rumah. I sent her to her workplace and aku drive ke station komuter yang berhampiran, Subang Jaya. Aku naik train kul 6.56am.  Sempat sampai office before kul 8.00am.

Sambung kerja semalam yang berlambak, aku jadi cam, weng weng skit, sama la macam server MyGeniie kat petronas nih. sumer weng weng. Macam tak nak bagi orang buat keje. Kak aiza masih lagi bercuti, mungkin esok baru dia datang keje.. arhh keje banyak, tak tekira keje aku, naper keje aku nih tak surut-surut.

During lunch hour aku turun ke Suria, mm tak tahu nak beli apa. Tekak dah perit dan sakit, suara serak aku datang balik, batuk-batuk keras, lembut sumer ada. Turun bawah, am heading to BodyShop, sejak kebelakangan nih, aku kerap membeli benda untuk menconteng muka, mm mungkin aku dah masuk 26 nih, hormon aku bertukar skit kot.. tangan mengatal nak beli ajer apa yang terjual kat situ, pantang nampak potongan istimewa. AKu try Hi-shine lipstic nya. mm best rasa pun cam strawberi, sedap, macam boleh di makan. Warna pun cantik bila aku test skit kat my lips.. mmm nice. but the price mm cantik gak. tapi at this moment tak de potongan la plak, Dalam mag CLEO selalu ada coupon untuk barang-barang kat bodyshop, kadang-kadang aku beli pun pasal nak kan coupon tuh. heheh..  ehh rasa cam nak beli la.. lipstic tuh. cantik. Aku beli barang-barang untuk conteng-menconteng tuh pun bukan aku pakai hari2, kalau ada event je atau apa2 aku keluar ke, jejalan ker, kalau sempat aku pakailah.. mm aku rasa memang hormon aku sekarang dah bertukarr. laa : BERTUKAR: hehe cam citer gaban plakk..

Lepas tengok lipstick kat BodyShop aku gi Cold Storage, aku mencapai Mango Juice 1Liter and Nutella, pasal aku dah ada wholemeal bread kat office aku. Bayar and aku naik office balik, tahu-tahu dah kul 1.55pm. Makan kat cubicle aku sambil surfing. mm nyam nyamm nikmatnya makan roti nih. Sambung keje macam biasa, Server myGeniie di serang lagi, memang tak bleh nak buat keje ngan sempurna. Dari hari isnin la MyGeniie asyik menggila.. isk susah aku, request masuk banyak dan banyak. Mujur faris si penyelamat and jali pun tolong aku gak. Timer kasih la korang sudi tolong aku yang tak cukup jari dan tangan nih.

Aku, ghafar, farid and jali stayed kat office petang tuh, tengah dok buat keje, tengah geniie OK and kuat, tiba-tiba datang la sorang si MyGeniie nyer team, “Ekin u all tengah guna MyGeniie ke” kitaorang tengah shut the server down nih”.. aku” ahhh!!! down MyGeniie? aduss.. Sebelum tuh aku dah nampak dah kat screen faris, kata yang MyGeniie server down. aduss.. aku dah risau dah, orang tengoh syok nak close request server plak down.. Pastu without notice plak.. For 3 hours plak.. hangin aku.. aku pack barang terus balik.. nak tunggu apa lagik.. kami sumer charlos.. balik duduk rumah lagik bagus bak kata faris.. heheh.. tekak aku makin sakit, badan seram sejuk dah nih.. aku sure malam nih aku demam.

Aku sampai kat Station komuter subang jaya kul 8.00pm, aku tak sembahyang so senang aku tak payah rush ke masjid Subang Jaya. So aku drive balik rumah, mm sampai rumah kul 8.30pm. Traffic agak slow, kereta banyak kat depan Sunway Piramid. Memandu waktu malam waktu sekarang, dah tak macam dulu, mata aku silau tengok cahaya and pedih. kadang-kadang aku kena hadang mata aku dari cahaya lampu kereta lain. Am worried.

Sampai rumah, i received call from kak ila, kak ila akan datang dengan kak wati, along and abg Lan (They are adik-adik angkat kak ila) katanya nak tengok rumah baru kak ila, bangunan sebelah rumah aku. Aku invite dorang datang rumah aku. Aku prepared nugget and vege balls dan aku goreng. AKu tahu anak along , alia, budak-budak suka makan benda-benda cam nih, lepas aku goreng aku menjerang air and aku panaskan kuehtiow yang mak masak petang tadi. Baju kerja aku tak sempat tukar lagi.. Kak ila sampai ngan adik-adik angkat dia, aku masa tuh gagahkan diri jugak untuk duduk bersembang, walaupun badan dah rasa lain, batuk-batuk and pening kepala. Lagipun along tak pernah datang rumah aku. Sembang punyer sembang, sambil-sambil tengok jam – jangan sampai tetamu perasan kita tengok jam – pasal aku rasa alahai bila aku dapat baringkan badan aku, tetamu balik kul 10.40 pm. Jiran aku kat tingkat 3 mintak tolong aku tengokkan notebook dia plak, so lepas tetamu balik aku gi naik tingkat 3, and mengodam notebook jiran aku, akhirnya boleh gak aku tolong dia. Dia tak sure how to connect to internet, yang peliknya rumah dia pakai telefon perpaid, aku cuba-cuba ehh boleh pulak.. rupanya kena dail/type ” * “. hehe pelik.. Lepas tuh aku balik, aku mintak mak aku ubat kepala aku dah habis berpusing…  terus  aku masuk bilik. Meluru ke toilet bersihkan diri, gosok gigi and bumm.. tidur tak sedar lagi.. aaa.. what a hectic day.. Amin..