Hari Isnin kali ini, tetap aku declared as “Hari malas sedunia Ekin”. Entah bila aku boleh accept this day as “Hari Kebangkitan Ekin”. Malas masih menguasai diri.. Aduss bila la nak bersemangat nih.. Dalam kepala aku yang aku tahu hanya, AKU NAK BELI KASUT KAT WAREHOUSE SALES KL CENTRAL. hehehe itu sahaja yang boleh menceriakan aku…

Di office kak aiza cuti, she’s on leave gi bercuti bersama keluarga, pergi Gold Coast katanya.. Wahh bestnya. Bercuti memang favourite aku, kalau boleh nak cuti sepanjang tahun, cuti pegi jalan-jalan. Mmm ikutkan aku lagi kerap bercuti dari kak aiza. Itupun nasib baik hubby dia ada masa nak gi bercuti, pasal biasanya hubby dia selalu outstation. Keje jauh. Log dekat office OK lagi masa before lunch, lepas lunch aje, aku tengok log masuk banyak giler, aku dah tak menang tangan dah nak handle all those request. So aku mintak tolong masyi esoknya, especially untuk request workforce portal. Kadang-kadang aku tak faham dorang nih, keje sampai kat mana-mana keje. Dorang tak nak spend masa untuk keluarga ke? sian family dorang. Keje keje macam nak mampos pastu family entah kemana. Yang pelik orang-orang kat office aku nih suka bawak balik keje kat rumah, bukan saja kat rumah, malah bercuti pun masih contact orang dekat office. Ya rabbi apa nak jadi. Kadang-kadang bila fikir balik, dorang nih lebih penting kan keje dari “life” yang lebih kekal. Aku pun kadang-kadang jadik mangsa.  heheh so petang tuh kul 5 je aku cabut, kak ila tunggu aku kat Kl Central, mm katanya nak temankan aku carik kasut.. hehe seronok. macam biasa aku pilih kasut, kadang-kadang sampai mak aku takut nak ikut aku. Pasal aku kaalu pilih kasut ya rabbi, sangat lama. Tapi kalau aku dah jumpa yang aku suka tuh, memang sekejap je lah.

So that day, nasib baik masa tuh, mata aku terpandang kasut warna brown ala-ala boot. mm aku capai and terus request yang baru, dah orang tu plak cakap tinggal satu aje, nak tak nak aku ambik gak, pasal dah berkenan di hati, kalau tak berkenan mungkin lagi lama aku kat situ kot. Aku bayar duit and kami minum kat La Cucur, KL Central. mm Teh Tarik dia kurang kick plak.. rasa cam tak worth it plak teh tuh aku bayar Rm2.00 segelas. Nasib baik ada extra sugar and krimer kat atas meja.

Kereta aku park kat tempat letak kereta station komuter Kg.Dato harun. Aku sampai rumah lebih kurang 7.10pm and bila sampai rumah aku mak aku kata abang aku nak datang, katanya nak bawak mak aku gi rumah dia kat serendah. Sekali dengan anak buah aku(Misha, Mikha and maid kakak aku)  yang ditinggalkan kakak aku, pasal dia and hubby dia balik ke Kelantan subuh tadi. ada keje katanya.  So mujur malam tuh kak ila ada temankan aku. Bukan aku tak boleh duduk sorang dekat rumah, tapi dah lama aku tak tidur sorang dekat rumah. Selalunya ada kak ila teman kan aku. Thanks kak Ila. You’re the best mate i’ve ever had. Selalu ada di sisi aku. Selalu bantu aku. And setia jadi teman aku, tak kira susah senang. This is forever friends. Mak bapak aku pun tak kisah, memang selalu mintak kak ila tidur rumah aku kaalu rumah takde orang. Risau katanya tinggalkan anak dara dia sorang-sorang kat rumah.. heheh kadang-kadang aku rasa diaorang terlalu sayang and care about me. heheh biasalaa anak yang baik kan.. hahah masuk bakul angkat sniri.

Abang aku sampai, dalam kul 9.00pm, Memang aku tunggu kedatangan dia, sejak raya hari tuh aku tak jumpa-jumpa dia, rindu pun ada. Dia ada datang hari tuh kat rumah, cuma aku yang bekerja sampai lewat malam. Dia datang je, dia pun tengok aku macam lama betul tak jumpa, aku cium tangan dia, cium pipi dia, mm lama aku tak jumpa dia. Walaupun pipi dia berkarat.. hahaha, mm bau rokok usah cakap la, dia tetap abang aku. Borak punyer borak, aku cakap kat dia yang aku nak pakai kete dia untuk gi kelantan nanti on Hari raya Haji. Abang aku tanyer, boleh ke aku drive jauh-jauh macam tuh. Aku balas ” Boleh , insya allah, kalau penat ekin berenti la rehat. Dont worry “. Lepas abang aku bawak mak ngan abah and anak2 buah aku gi, keje aku angkat kain kat ampaian ngan kak ila. Lepas tuuu

Aku ngan kak ila tak der lain, kami memang suka berborak, berborak topic yang macam-macam, dari pada persiapan dirinya untuk berkahwin, ke perkara aku yang aku akan jadi sorang.  Kak ila kata, dia risau nanti aku sunyi and tak der teman nak bersembang, mm tapi aku tak rasa pun macam tu, dia saja yang rasa macam tuh, sebab kami share everything, and we are best mate.