Again, it is saturday, pastu sunday. This weekend, bagi aku macam releks sangat, Kakak aku baru sampai dari kelantan on friday, attending a best friend wedding dekat bangi. Abg ipar aku plak jadi pengapit, aku rasa lebihkan pengantin, pakai baju warna krim bersampin hijau, hahaha pastu nak pakai kopiah putih, lagak seorang ustaz.

Abah aku tak berapa sihat, malam tadi dia attend one kenduri , but at last kena keluar awal pasal , abah aku kena lelah and batuk tanpa henti. Sian abah.. Dia mintak aku masakkan bubur untuk dia. mm walaupun aku tak pernah buat bubur untuk orang sakit. tapi aku buat gak. Mak minggu nih pasal kakak aku dari kelantan ada, so aku cam rehat sikit dari bawak mak aku kesana sini.. Semalam aku ngan mak, family kakak termasuk abg ipar aku , gi ke tesco Shah Alam. Konon nak beli groceries. aku follow je, pastu aku dah penat, aku turun bawah, lepak kat kedai mamak, order teh tarik and tosai.. Tahu-tahu dorang call aku , kata dorang kat tempat letak kete, hehe kunci kete kat aku, so aku selamba habis teh tarik, tapi tak habis pun, bayar and rush to the car park… Hehehe dorang tak tahu pun aku lepak kat kedai mamak tuh.

Aku tak tahu ada apa pada kedai mamak, aku mesti nak carik kedai mamak.. pekena teh tarik.. waaa best. Tosai yang garing and kuah chatniy (aku tak sure nak spell cam ner- tapi pronounciation nya cam tuh lah chat-niy) Kuah yang di buat dari kelapa, kadang-kadang ada kedai buat warna putih, ada kedai buat warna merah-merah skit – yang nih pedas skit, but nice.

Aku yang drive balik ke umah, laju gak aku drive kete kakak aku, pasal nak keja solat magrib. Malamnya, Makcik aku dari Ipoh datang and Pak lang, Dorang nak gi rumah orang kahwin kat bangi katanya. Aku ngan anak buah aku pakat tengok DVD kat bilik aku, suh adik aku cucuk2 wire, pastu aku tengok citer harry potter untuk kali yang keberapa pun aku tak tahu. Adik kau nih kind of yang bleh buat keje-keje orang lelaki, walaupun aku biasa ngan komputer, tapi aku tak biasa ngan benda lain, tak kuasa aku nak layan. kak ngah (Aida) tidur ngan aku, mikha and misya pun join kitaorg tengok harry potter. Agak2nya sampai kul 2 atau 3 pagi, baru kitaorang of TV.

AA bangun pagi ahad, tanpa perlu sembayang subuh, memang aku tunggu, pasal aku memang jarang dapat peluang tidur lebih-lebih, Itupun sebab, mak aku pegi pasar ngan orang lain, kalau tak der orang jangan harap aku boleh tidur lama, baik hari sabtu or ahad, aku tetap bangun awal. hheeh seronok tidur, bilik aku sejuk sepanjang minggu nih, hujan jee.. ahhh best tidur. heeh lagi satu, pasal mak aku tahu lately nih aku ada problem ngan mata aku, dia risau aku tak cukup tidur, asyik keje sampai malam, pastu tengok tv sampai tengah malam , mana tak nya, asyik keje ngadap komputer dengan dua monitor, memang memedihkan mata aku. Kelak aku kena pakai spec nampaknya, isskk tak best.. mm tapi kalau spec cam Ct nyer kan best.šŸ™‚

Ahad aku bangun lewat, lewat-lewat aku pun kul 9 am.. bangun mandi-mandi gi pasar sat, mak dah gi rumah orang kahwin kat bangi, abah stay kat umah ngan maid kakak aku and anak-anak buah aku yang lain. Mak suh aku beli ayam tua or other name orang panggil ayam telur. Nak masakkan untuk Pak lang (Adik mak aku).. aku beli sayur skit, and back to my house. Malas aku nak keluar lama-lama, panas.

Mak aku kata, kitaorang confirmed raya kat kelantan this raya haji. Aku dah apply cuti monday and wednesday. Mungkin aku akan drive ke sana. kitaorang akan bertolak on saturday early morning, most probably lepas subuh, kurang skit kete. Mula-mula ingat nak plan naik train, tapi bila pikir balik, nak balik nanti susah nak naik train gak, rasa cam lama sangat. 12 hours maa. So aku mak and abah decided supaya aku drive ke kelantan. Insya Allah aku boleh, kalau penat aku stoplah.. Tapi yang pasti abah tak kasi aku drive kete kancil kesayangan aku, abah suh aku pakai kete abang aku. Aku no hal. Kakak aku suggest naik flight, mm tapi bila pikir balik, kalau sampai pun kat KLIA, pastu nak balik sini lagi,, aaa malas laa leceh.

Kak ila bagi message kat aku, kata nya on the way gi KL sentral. nak gi beli kasut katanya (aku pun nak beli gak, rasanya nak beli dua bukan selalu hush puppies buat sale, walaupun hush puppies japan), untuk majlis dia tak lama lagi, aku tak tahu ngapa mesti aku rasa jealous, not because of she has her fiancee, but maybe because , she’s going out with somebody else. Aku cuba hilangkan rasa jealous yang pelik tuh, and i replied to her ” pegi ngan abg lee ke? jln baik2. ” mmm there is only one word i can describe how i feel, SCARED … scared to death.. selama nih, she is my friend. My best friend, the closest friend i ever had we share almost everything. sampai mak aku kata, kalau kak ila lelaki, rasanya dah lama aku kahwin ngan dia. Kadang-kadang mak aku sniri jealous, pasal dia rasa kadang-kadang aku lebih kan kak ila dari mak.. Indeed yes. we shared whatever we want, what ever we feel. we are almost perfect couple, cuma kami nih pompuan, nauzubillah, allah itu maha kaya, kami bukan L, tapi allah ketemukan aku ngan kak ila juga pada aku adalah satu rahmat, walaupun umur aku ngan dia beza 10 tahun, tapi pikiran kami, kegemaran kami hampir serupa,and we are almost match, cuma yang tak match nya she is a lady. agaknya itu pasal aku close ngan kak ila, pasal she give me something and i tell her something. Ada give and take. We are a very very good and best friend. Orang lain pun bisa jealous. Kak ila sniri risau ngan aku, kononnya nanti bila dia kahwin, sapa nak keluar ngan aku, sapa nak sembang and call pepagi ngan aku, sapa nak layan rajuk aku.. well, i answered her.. dont worry, Allah will guide me through. All i wish is, she will be happy. Harap-harap kali nih, tak silap lagi. Aku tak mahu duka lama bertandang lagi dalam hidup kak ila. I want her to be happy. And dont worry about me. I’m ok.. Im just OK…