Angka untuk diri aku berganjak setahun kehadapan. Sekarang dah jadi 26 tahun, Alhamdulillah, aku masih bernyawa sampai hari ini. Mengimbau kembali saat2, terakhir aku di dalam rahim ibuku. Aku yang menunjukkan mukaku pada jam 7.25pm, selepas waktu magrib, siangnya ibuku berjuang hingga ke malam.  Kesian mak, kasihku untuk dia tiada ternilai, paling yang aku sayang, ialah ibuku, mak, yang paling aku kasih is abah aku. They are two important people who brought me to this world, am glad, that i am the chosen one.  Thanks Allah.

Birthday aku was on 14 nov 1979 on this date, in a year of 2005, i went to Bukit Tinggi for the second time. Together with kak ila and yati zaimal.  It was a short vacation for us, but so it brought so many sweet memories. Kak ila and Yati, bermalam di rumah aku, Kami bertolak awal pagi, menaiki komuter jam 7.05am, dan seterusnya menaiki KL Monorail ke Imbi station.  Sesampai di Times Square, kami menuju ke West Wing, Groundfloor. Menunggu Shuttle Bas(Van) ke Bukit Tinggi. Sarapan Pagi, aku hanya makan seketul kuih dan Mango Juice.  Perjalanan kami bermula jam 9.30am, nasib baik cuaca pagi tuh elok, tak hujan, Alhamdulillah. Kami tiba di Bukit Tinggi kira-kira jam 11.00am. Kami terus check in di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi . Sementara menunggu kak ila dan yati menguruskan hal-hal di kaunter, aku menelefon mak di rumah. Informed her that i safely arrived here. And soon after that kami terus masuk ke bilik, kerna hotel kosong. Tak der orang. suasana cukup tenang. Sekaligus menlenyapkan pening kepala aku ayng sejak seminggu dua, mungkin sebab migrain yang baru menjegah. Stress kerja, aku tinggalkan jauh-jauh kebelakang. 

mm masuk sahaja kedalam bilik, mm not bad, country still, nice and sweet. Twin sharing. memang patutnya aku dah kak ila yang sahaja pergi, tapi di akhir planning kami bersetuju engajak yati bersma, anyway she need rest to. Biasalah manusia, memang tak pernah lepas dari masalah. Tengahari kami haya makan maggi and roti, mmmemang selera aku tahu-tahu saja makanan kat sini, mm jauh lebih mahal dari tempat lain. Dan mengikut kata pemandu van persiaran , Bukit Tinggi adalah antara tempat yang paling mahal antara banyak-banayak tempat peranginan. Especially makanannya. Dengar kata gaji-gaji pekerja kat sana gaji tak la seberapa. Sian dorang yek, kerja siang malam, bersengkang mata, tapi nak dapat hasil yang besar itu lama la skit. lepas memakan bekalan yang kami beli di Times Square, kami bersiap sedia konon nak berjalan-jalan, bergambar, bukak pintu bilik ajer hujan turun bercucuran. Alamak…. so plan kami berubah, kami pakat-pakat tengok DVD yang aku bawak. Ada guna jugaknya ku bawak notebook aku. kami tengok citer Desparate Housewives, episod berapa aku tak ingat. DVD nih kawan aku bagi, dia download. i have the whole episode. mm citernya memang best and selamba.

Habis tengok 2 episode, kami pakat-pakat keluar balik, touch up, sarung tudung (hehehe kata nak bergambar). Gambar berapa roll jangan cakap, sebab kami betul-betul bercuti, enjoy kami-kami, and macam celebrate bacholer party pulak. Magrib, genap umur aku 26 tahun, aku berdoa ala-ala aku nya style and kami turun dinner di salah sebuah restaurant di Colmar Tropicale. Aku hanya order salad, mix with turkey, cheese, home-made mushroom soup served with thousand island sos. mmmm delicious. gambar aku lupa plak nak ambik, pasal makanan tuh sedap sangat sampai lupa.. hehehe . Kak Ila and Yati order, Special Nasi Goreng and Chicken Curry special plus rice.. PLUS my birthday Cake. Siap orang-orang yang keje kat situ sumer nyanyi untuk aku, aku yang memang sensitive dan cukup halus jiwa perempuan aku memang tidak boleh tidak pasti mengalir air mata aku, terharu konon. I kissed kak ila and yati. I luv them, they are my friends, my good friends, good listener and kitaorang sembang sampai tengah malam. By the way, memang restaurant tuh 24 hours, tapi kami sejuk, embun jantan dah nak keluar kami masih lagi di luar, so kami decided to continue in our room sambil tengok VCD CT @RAH. Best sangat.

15, nov aku bangun kul 6.30am, solat subuh, dan merenung alam tuhan yang kaya lagi indah. Ketika itu aku rasa aku sahaja yang tahu menilai alam, bukan orang lain , hanya aku. Cukup tenang and mendamaikan. Alhamdulillah, aku masih lagi di sini, dalam sedar. Kira-kira jam 8.00am kami turun untuk sarapan pagi. mm buffet style, aku ingatkan tadi nak order American breakfast. Buffet pun ok gak. Aku, Kak ila and yati makan breakfast pastu lepak sampai orang restaurant tuh ready untuk prepared lunch time. eheh ntah apa kami sembang.. mm yang pasti bukan benda mengarut. Kami datang sini nak enjoy, enjoy hati perempuan kami. Best. Bila la lagi agaknya aku dapat berpesta macam nih. Kami plan nak balik naik shuttle bas jam 12.00 pm, tapi kamiterlepas, apa lagi, kami sambung tengok Desperate Housewives dekat Loby hotel, aku rasa seram sejuk pulak tiba-tiba, mm mungkin sebab aku berendam dalam bath tub kot.. maybe, nak balas dendam pasal tak dapat mandi swimming pool pasal hujan. Padan muka aku, kalau mak aku tahu aku tak sihat, sure dia risau, lepas tuh bising supaya next time jangan jalan lagi… Aku macam biasa kalau aku demam jangan harap aku nak makan ubat jauh sekali berjumpa dengan doctor. Aku tak suka jumpa doctor kalau aku sakit. Kalau boleh, aku memang avoid klinik atau hospital, sebab tempat tuh tempat orang sakit, and tempat itu bukan tempat yang mengembirakan. Aku tak suka. Tapi aku suka pegi tempat Kerja kak ila, SJMC. hehe pasal makanan kat situ sedap. Sekarang nih pun sedap jugak kot…

Habis tengok desparate housewives 3 episode, kami ke surau hotel, sembahyang and rehat sekejap sementara menunggu jam 4.00pm. Kami berangkat pulang jam 4.20pm. Sampai ke KL jam 6.00pm tak silap aku, driver van tuh tak berenti sembang dengan kitaorang, sampai aku pun tak mengantuk dalam perjalanan. He is good driver, a very good one. Tapi aku tak der nama dia pulak. Semoga pakcik driver tuh di murahkan rezeki, pasal dengan selamat dan gembiranya kami pulang kesini semula. Kami sampai rumah ku dalam jam 7.30pm, kami makan malam kat KL Central. Apa Lagi , dah balik KL, baru aku rasa seram sejuk tuh hilang. aaa i’m back. aiyoo. esok kerja.. Aduss..

I am very happy on 16 nov 2005. cauu..