Hari raya kedua, aku dengan family raya ke Melaka Kampung mak. U.K (Ulu Kelemak). Sebut pasal UK nih aku masih menyimpan hasrat untuk ke Kota London Sekali lagi, kalau boleh aku nak spend masa jalan-jalan ke Muzium-muzium dekat sana, rasa rugi pulak tak pergi hari tuh, tapi apakan daya masa tak mengizinkan.

Ok back to Ulu Kelemak. Kami satu family convoi 3 kereta ke Melaka, daerah Alor Gajah. Kampung yang dulunya terpencil, namun sekarang tak lagi, semuanya dah moden, ramai jugak orang terpelajar lahir kat kampung nih, ahli politik and etc, etc.

Hidup orang-orang tua di kampung nih jauh berbeza dengan dulu, kalau dulu memotong getah, meraih kepala sawit, bersawah, sekarang activiti itu tak der lagi, Cuma ada sorang dua ajer orang-orang tua yang tak boleh duduk diam dalam rumah, mereka lebih selesa berkebun. Katanya boleh keluarkan peluh, sihat. Kami bertolak jam 10.15am agak lewat dari jadual, maklum la rumah aku kecik, walaupun toilet ada dua, tapi still tak cukup, I have a very big family, plus anak buah aku yang suka mandi atau main air memang susah nak cepat. Tapi aku pagi tuh bangun lewat, maklum la tak sembahyang so aku ambik kesempatan ganti tidur, pasal malam sebelumnya aku tidur lewat, melayan anak buah aku yang berumur 3 tahun tengok citer Harry Potter. Misha and Farah Auni, dua-dua anak buah aku nih hantu tak tidur malam, Misha tertidur dekat hall. Memang malam tuh ada orang tidur kat hall, pasal bilik dah tak cukup, sekali sekala rumah penuh, aku tak kisah sangat, aku betulkan badan and kepala misha pastu aku masuk bilik aku, tidur atas katil aku. Cerita Harry Potter tuh tak habis, aku off tv, pukul 3.30am, tapi aku tengok si Farah Auni, dok round-round from bilik ke hall, bila dia tengok aku off tv, dia pun masuk tidur joint mak dengan ayah dia dalam bilik.

Dalam perjalanan ke Melaka, adus kena jamm dekat area susur keluar ke Tol Labu/Seremban, so aku inform the rest, untuk follow aku ikut jalan dalam, ikut seremban town. So abang-abang ipar aku follow, and aku bawak dorang jalan, sampai Jalan Dato Siamang Gagap, than aku pancung ke Jalan Ampangan, from there aku cross ikut depan Pusat Islam Paroi, terus tembus ke Senawang. From Senawang, aku bawak dorang ikut jalan lama ke Alor Gajah, tempuh, pekan kecil Pedas, Rembau, Chengkau and Kota. Sepanjang perjalanan, kelihatan rumah-rumah kampung yang sarat di parkirnya kereta anak-anak dorang atau cucu-cucu dorang beraya kat kampung, So Glad that they reached their destination. Walaupun aku tak kenal dorang, but I prayed to all, have a safe journey masa raya. Kehilangan orang tersayang masa waktu-waktu perayaan macam ni, memang sangat-sangat patut dielakkan.

So kitaorang sampai di Alor Gajah, terus singgah ke Rumah Atuk (dekat pekan tuh jugak) tapi atuk kitaorang dah tak der, so melawat nenek tiri aje, dengan anak-anaknya. Lepas tuh kitaorang masuklah ke kampung Ulu Kelemak tuh, kitaorang beraya dari Hilir kampung ke Hulu kampung, penat usah cakap. Makanan paling favorite aku kat kampung nih cuma satu, dan ada satu je kat kampung nih. Tempat lain aku tak sure. Namanya kuih chang. Berbentuk seperti kuih chang cina ( yang di ikat dengan tali dan di bungkus dengan daun buluh muda) dalamnya ada pulut yang berwarna, kuning keemasan ( bukan macam pulut kuning tau. Lain sangat. Antara bahan utama untuk membuat kuih chang ialah air abu. ( bukan abu orang mati tau) heheh.. rasadia sedap, lagi best kalau di makan bersama rendang atau serunding.

Sedap tak bleh cakap. Kuih chang nihlah aku makan bagai nak giler. Pasal susah nak dapat dan susah nak buat ( guna daun buluh muda maa) saper yang rajin panjat pokok buluh nii.

Lepas berada dekat Kg. Ulu Kelemak kami ke Kg Lendu plak ( orang sana panggil londu. Ala ala macam London plak). Rumah Pak Ngah. Wife dia sakit kaki dan badannya (membengkak) dua tiga hari sebelum raya. Katanya pergi menebas dekat dusun di Air Manggis. Tempat tuh sedia maklum, memang tak der orang duduk, Cuma hutan dan belukar. Dah check jumpa doctor, doctor plak kata tak der apa-apa, mm orang tua-tua nih tak der lain, dorang kata mesti terpijak something. Aku pun bukan la nak percaya sangat benda-benda macam nih, tapi ada betul nya. Dah makhluk sana jarang-jarang terima pengunjung, sekali si pengunjung nih plak terkacau tempat dia. Ada kemungkinan secara tak sengaja terkacau tempat istirehat dorang. So cud be. Dah kalau tempat tak berpenghuni, nak plak hutan, yang sememangnya tempat dorang bermain. Harus.. ingat mungkin kita terkacau tempat tinggal dorang. Dorang nih plak mana ada manners macam kita. Kalau yang paling baik antara dorang pun adalah yang paling jahat dari kita. Hehehe sniri mau ingat. (nak tahu lagi baca buku Dialog dengan JIN islam , menarik)

So from Lendu, lepas magrib kitaorang bertolak balik, balik pun again jam lagi dekat area pedas/Linggi ( balik kitaorang lalu highway), lepas tol Labu/Seremban baru OK. Sampai rumah dekat kul 10.30pm. Malam, cerita kat TV tak berapa menarik, Kuliah Cinta, cerita cinta yang tak kesampaian. Malas nak tengok. Aku rasa aku suka citer cinta Hindustan, memang la cinta dia sarat, tapi yang best always happy ending. So tak perlu nak susah hati lepas itu jadi ini. Dah memang akan tahu kesudahan dia yang always happy. Sesuai di tonton masa-masa boring.Tapi paling tak larat tang menari-nari kat taman yang siap sempat tukar baju warna-warni. Tapi simboliknya, cinta Hindustan nih kat madah dan puitis lirik lagu-lagu dalam filem. Menarik. Semalam aku konon nak tengok citer Kal Ho Naa Ho. Mm tapi tak habis 12tghmalam je aku tutup, pasal hari isnin aku keje, nanti tak bleh bangun plak esok. Criter dia menarik and kelakar, tapi ending dia aku tak tengok semalam.