Seawal jam 6.00am aku bangun, bingkas bangun untuk mandi sunat Aidilfitri, solat dan bersiap untuk solat sunat Aidilfitri. Yang pergi solat dekat masjid tuh is abah, 2 orang abang ipar aku, mak dan aku, yang lainnya dirumah sibuk menyediakan juadah dan hidangan selepas solat Aidilfitri. Abang aku tak de, pasal dia beraya di rumah mertuanya di Melaka.

Kami menaik Avanza, yang di pandu abang joe, ke masjid. Perjalanan tak jauh, aku rasa dalam 1KM aje. Kami keluar rumah 8.10pagi, Dalam perjalanan ke masjid, kelihatan hamba-hamba Allah yang lain turut sama menuju ke destinasi yang sama. Dalam hati aku ” oo my sekejapnya puasa”. Aku rasa, aku lebih suka bulan puasa, rasa sayang untuk tinggal kan ramadhan bulan mulia. Bukan apa, dalam bulan puasa aku rasa selamat. Selamat dari segala dosa, maklumlah aku cuma manusia biasa, tak lari dari membuat kesilapan. Tadbir yang bergema dari kejauhan semasa perjalanan aku ke masjid, membuat hati aku rasa pilu meninggalkan ramadhan. Ramadhan yang penuh keberkatan, dan khidmah yang berlipat kali ganda.

Pulang dari masjid, perkara pertama yang di lakukan ialah, peristiwa, maaf-maafan. Mm macam biasa aku memang tidak sah tanpa mengeluarkan butir permata dari mata aku. Aku memang ratu air mata dalam family aku, cukup pantang dengar atau melihat cerita sedih pasti aku dulu yang akan berjujuran mengalir. heheh

Conclusion sepanjang bulan puasa ini, tahun ini bilangan rakaat solat terawih yang aku kerjakan agak berkurangan berbanding tahun lepas. Namun, aku lebihkan membaca Al-Quran tahun ini. Insan kerdil seperti aku, ini memang tak bleh (buat masa sekarang ) untuk habiskan membaca Al-quran dalam masa 30 hari. So.. faham-faham sahaja..  heehehe kalau buku cerita atau novel.hehehe solat pun boleh tertangguh. jahat aku.

Hari raya pertama, aku beraya ke rumah terbuka PM dekat PWTC. memang ramai orang, tapi aku tak kisah sangat pasal memang first time aku baru sampai ke majlis serupa ini. So i dont mindd waiting. Aku tiba di PWTC jam 12.30tgh. bersama dengan anak buah aku yang 3 orang. dan adik aku. Hah rasa cam budak2 balik bila joint dorang. Mak abah dan yang lain2 pulak pergi melawat kakak sepupu aku yang dari first puasa masuk ICU pasal sakit denggi, tapi sampai hari ini masih lagi disitu. walaupun keaadaannya beransur pulih sedikit demi sedikit namun, kak muhamadiah masih tidar sedar, hanya diam kaku terlantar di katil hospital HUKL.

Di rumah terbuka tadi, taklah lama sangat kami menunggu cuma dalam 30 minit untuk sampai ke meja hidangan, aku bersalam dengan beberapa pemimpin negara, mmm aku kenal muka, nama usah harap, which ministry he/she serving aku pun tak sure, but harapan aku agar satu hari nanti, aku pun boleh jadi orang hebat macam mereka. Tapi lagi best kalau Datuk Azalina Othman ada sekali, She’s inspired me a lot. She’s tough, strong, non-fragile, heeheh bagi aku she is what i want to be. Dulu aku selalu berangan jadi perempuan macam Datuk Azalina tuh.. tup-tup tengok, ada pulak makhluk Allah yang lain jadi macam yang aku nak jadi. Petah berkata-kata, bijak, bijak menyusun ayat and etc, etc. Orang lain yang aku really admired to meet is Datuk Seri Dr.Rais Yatim, I luv the way he express something while he was interviewed by reporters. Ayat dia tak perlu orang prepared atau tuliskan. Malah secara spontan dia boleh keluarkan, And i believed mesti ada satu atau dua wartawan yang menemurah dia tanpa perlu menukar ayat atau alter ayat dia lebih–lebih. Because the way he talked, is like listening to other people reading a book or dictionary to you. Ceh.. ayat power. Tapi kalau aku tengok balik diri aku, am not good at wording.Aku kelu, kadang-kadang aku failed untuk susun ayat, and kadang-kadang ayat aku macam tergantung, and people are not able to laugh when they are listening to my joke, pasal ayat aku tergantung, and it was like am laughing at myself indeed. Hah.. funny

Lepas balik dari PWTC, aku kerumah makcik di Taman Sri Manja. Petangnya di rumah aku kami menerima kunjungan Kak leha dan keluarga. Dorang memang very friendly, anak-anak dia pun cukup selesa bersama aku, malah kami berkawan baik.

Lepas magrib pun, kami round lagi, ke rumah abang ipar aku punya abang.  Makanan usah cakap, macam-macam ada. heheh tapi aku still control makan aku, risau nanti berat naik balik.. Ok. esok kitaorg plan nak gi beraya ke Melaka. So tungguuu….