Hah hari nih baru aku cuti, macam-macam aku buat dekat rumah, pagi-pagi lagi aku dah bawak mak aku pegi pasar, beli bahan-bahan untuk pra-sambutan raya. mm ada orang sebut hari 7 likur, tapi aku tak pernah guna pun term nih. Lepas pegi pasar, aku bawak mak aku pegi beli baju untuk anak buah aku, katanya tak lengkap kalau tak belikan baju cucu dia.

Dalam perjalanan, jumpa kedai bunga pulak, udah mak aku nak beli bunga pulak, heboh kata nak tukar bunga itu bunga ini, so aku yang mulanya tak der apa-apa, akhirnya memilih untuk menukar bunga dinding kat umah tuh.  So aku chose bunga kuning yang kemerahan di tepi kelopak dia, nice and sweet, dalam hati aku, aiikk bila masa pulak aku ada hati nak gubah bunga nih?. Pelik tapi ini benar-benar berlaku.

Lepas beli baju (orang yang jual baju nih orang hindu, tapi deepavali pun dia bukak business mak aku siap interview orang nih, rajin betul dorang buat business, tapi lain pulak sorang pakcik nih, melayu, jual kelapa/santan kat kawasan rumah aku, tapi aku baca kat pintu rumah dia ” kedai di tutup pada Nov 1, CUTI!!, dalam hati aku, berkata, hai orang melayu, hang cukup rajin bercuti walaupun at that moment hang bleh dapat duit/untung lagi banyak kalau berniaga hari ni), bunga , pegi pasar, kitaorg balik rumah. Balik rumah je, barang-barang yang di beli tadi, aku angkat ke atas, duduk-duduk dan rehat-rehat sekejap, pasal puasa plus panas , tahu-tahu je lahh.. Then aku mula mengubah bunga dinding tuh. Aku cabut bunga lama yang berwarna merah, berdaun hijau pekat… mm seasonnya bunga ni, mak aku tak tahu nih aku ada bakat mengubah bunga, nanti aku tunjuk kat dia,  kita tengok saper yang kena. So aku pun potong-potong la bunga tuh mengikut panjang yang aku nak. Lepas potong aku pun susun lah ikut suka aku, mm siap. Eh jadi lah gubahan bunga aku, pandai pun aku. hehehe memang cantik, no kiding. Serius lawa. hahaha Akhirnya mak aku tak complaint apa pun. hehehhe

Petang tuh aku on internet, check email kat tempat keje ngan personal mail. Tengah dok mereply mail, kakak aku sampai dari Kelantan, subuh-subuh lagi dah bertolak dari sana, telah selamat sampai kat rumah mak aku. Anak buah aku, macam biasa, bila dia sampai sini ajer mesti dia dok request nak pegi GIANT, ntah apa yang ada kat GIANT tuh pun aku tak tahu.

Yoyo si Mikhael, dok kata aku nak bawak dia pegi shopping, walhal aku nak bawak dia malam nih pegi ambik sarung safo yang aku hantar dobi tu. Dia memang cukup pantang nak mengekor aku je. Kalau duduk diam-diam dalam kereta tuh tak per lah, nih tidak, melompat-lompat dalam kereta macam longlik (hokkien – monyet) . Dia sendiri mengaku dia longlik. Memang sebijik macam longlik hahaha.. Mikha mikha.

Well malam lepas ambik sarung sofa aku dekat kedai dobi USJ 6, aku menscan gambar-gambar yang perlu, untuk kawan-kawan aku yang dalam group SMTM96. Dorang sumer kawan-kawan aku masa sekolah. Cuma aku je tak der masa nak buat sumer nih. Ingat nak buat masa cuti nih, tapi nanti kat rumah nih nanti anak buah aku ramai. sure kecoh dan bising , jangan harap lah aku bleh on notebook aku …

Well hari nih aku last berkerja (02/11). Orang usah cakap memang kurang, melayu boleh kira tadi masa aku dalam train, india usah cakap lagi tak der. Esok aku plan nal gi open house PM kat PWTC. hehhe first time nak try pegi, nak tengok best tak. heheh untuk dapat duit raya, jangan haraplah, tapi untuk taste makanan itu no hal, tapi aku kena jaga gak, jangan sampai berat badan aku nanti naik melampau-lampau.

Last but not least, Semalam birthday kak Eila, Happy Birthday Beh… semoga panjang Umur, di percepatkan jodoh dan bahagia bersama keluarga dan doa ekin untuk beh bahagia bersama Your-future-husband. Take care, i Miss U. Muuahhhh. Image