Well, its almost 2 weeks i didn’t write anything. I was so buzy, sampai sekarang pun masih lagi di office. In my team i am the only orang yang keje. The rest dah cuti, aku memang category betul-betul mabuk keje. Bukan apa malas nak apply cuti, anyway kalau cuti pun tak der apa yang aku bleh buat.
Malam tadi dah pasang langsir dekat rumah aku, warna kuning keemasan, mak aku macam biasa memang tak pernah puas dengan benda yang ada, bagi aku langsir tuh ok je, tak der cacat cela pun. Tapi mak macam tak puas hati, but the thing is, bukan bleh repair pun panjang pendek langisr tuh, dah memang panjang, so aku just explain kat dia yang that langisr is a new “style” . Dia masih berkeras, tapi tak der apa pun yang boleh betulkan, mesin jahit kat rumah aku rosak. Whateverlah mak.. Aku OK jee !!
Langsir sudah, cat dinding pun sudah, cuma nak ambik esok , sarung sofa yang aku hantar untuk dry cleaning semalam. Macam-macam pulak halnya dengan sofa tuh, aku ingat nak belilah sarung baru untuk sofa tuh, yoyo pegi pusing kat lorong seputih, pasal one of my friend bagitau, yang that supplier memang supply barang untuk product Homelife .. Aku pun pergi lah, aik mana plak bangunan yang kawan aku cakap nih, aku carik dan tanyer, rupa-rupanya gudang tuh dah terbakar. LAAaaaa puas la aku carik, dah jumpa tapi tak dpt beli. Last-last aku round-round kat kawasan Jln Klang Lama, tanyer la kot dorang ada sarung sofa untuk sofa brand KARA – 2.5 seater. habis-habis orang tuh kata , ” u bawak u punyer sofa sini loo, nanti we measured and buat lo” aku was like alamakk.. aku pun tak teringat nak buat cam tuh. So last sekali aku pegilah ke Mid Valley, carik parking nak dekat 30 minit, merayau punya merayau, akhirnya aku letak dekat tempat yang tak der parking box jugak, ramai betul orang shopping last minutes. So aku rush naik ke tingkat 2, Homelife dekat north court. Sampai aku tanyer la orang kedai homelife tuh, tanya pun tanya, orang tuh kata, alang-alang aku beli sarung ajer, baik beli sofa baru terus. Aiiyooo apsal mahal, aku ingatkan memang ada la si sarung tuh di jual kat homelife tuh, rupanya, nak kira material cos, nak kira labour, aduss.. memang tak dapat aku nak beli sarung sofa yang baru nampaknya nih.

So aku round-round kat jusco, beli klip untuk langsir, konon nak beli set minum yang baru, aku call la mak dekat rumah, dah dia argue plak kata jangan beli, unless kalau dia ada sekali ngan aku.. hahaha funnyy funny. mak aku jealous dia tak dapat berjalan-jalan, pasal hari tuh dia kena jaga anak kakak aku kejap , pasal taska budak-budak tuh dah tutup/cuti. heheeh.. mm dah anak buah aku ada kat rumah, tahu-tahu ada je pasu mak aku yang pecah, apa lagi orang tua aku nih, bisingnya tak bleh cakap, semua orang dia marah lepas tuh.. hehehhe kelakar. Betulla, budak-budak sekarang nih, activenya bukan main lagi, nak plak yang umur 2 tahun sampai 5 tahun, adusss.. nakal nak mampus.. Mak aku selalu merungut, apsal la budak-budak sekarang nih nakal, dulu mak jaga korang taklah sepenat sekarang. Budak-budak sekarang semakin lasak, dan kadang-kadang terlalu berani, ala-ala kamikaze. Aku rasa dorang nih sumer dah kena nakal lembu, mana tak nya minum susu lembu, lepas tuh ada extra DHA la, SDA la apa benda lagi ntah, sampai budak-budak sekarang kadang-kadang pada pemikiran aku, cakap benda-banda yang budak-budak tak cakap. They too advanced la. AKu pun kadang-kadang, jadi rimas dengan budak-budak nih, keras kepala pun ada gak.

Ada sorang kakak aku, dia masa pregnant dulu, dok telan ubat itu ini, last sekarang anak dia jadi macam anak superman, urat dawai, tulang besi, telangkuplah macam mana pun, but he is still kepala batu, kepala keras nak mampus, sampai terhantuk banyak kali pun dia ok. Lasak betul anak buah aku. AKu rimasss.

Nih raya nih dorang mai umah aku, aduss ramai laa bala tentera dalam umah tuh nanti, lepas nih entah apa lagi yang pecah aku pun tak tahu, tapi aku selamba, mulut laser aku, aku fire je.. heehheh … anak buah aku, suka hati aku la nak buat apa. Silap la dorang buat taik ngan auntie dia kan, tak pasal-pasal dapat duit raya kurang 80%. hahahah jaga korang.

mm mak aku plak esok nak carik ayam. Hai ayam lah ayam, berapa la agaknya harga kau yek.. ? sure tinggi, mau sekilo jadik RM7.00 ringgit nih aku rasa… adus, sedangkan mak aku tanyer semalam ayam tua/telur seekor Rm6.50.

Oklah, den nak sambung keje.. aku tak cuti extra pun bagi aku 4 hari direct dari 03/11 sampai 06/11 tuh pun dah cukup panjang dah cuti aku. So selamat beraya sumer, take care, bawak kereta baik-baik no, aku tak balik kampung tahun nih.. hehe jimat skit duit raya aku.. hehehe jahat nya. Semoga, hari raya ini membawa keberkatan pada kita sumer. Bye