Bismillah hirrahmannirraim, Al-fatihah.
Seawal pagi semalam, aku dapat mail from my colleague, forwarded by his friend, that mail says that our first lady has passed away, at 7.55 am. Innalillah hiwainailai hirojionn (KepadaNya lah kita kembali).

Arwah isteri perdana menteri Malaysia yang ke 5 ini, pada fikiran aku beliau seorang yang cekal, tabah, and very caring person. She’s a strong woman. Bayangkan diri kita di tempat dia, seorang isteri yang menderita dari penyakit kanser payudara, bersuamikan orang paling sibuk di Malaysia, and am very sure, so the sure, she had a very limited time to be together with her husband. Sibuk dengan program-program charity yang di rasmikan, di hadirkan, semuanya memerlukan commitment yang sangat tinggi dan terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga demi masyarakat yang memerlukan dan tanggungjawap sebagai First Lady. Bukan senang mahu jadi senang. Mungkin hanya pada pandangan mata kita, menjadi orang penting atau orang besar-besar ini mudah, kononnya senang, mudah dapat duit , dapat itu dan ini.

Tapi kalau kita fikir balik, betapa susahnya nak meneraju sebuah keluarga inikan pulak satu negara. Orang macam-macam ragam dan masalah bukan masalah kecil-kecil. Silap-silap kena berhabisan air liur explain itu terang ini, supaya orang faham apa kita nak buat.

Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan and ketenangan roh beliau, dan di tempatkan bersama para solihin. Insya Allah.

Al-Fatihah…..